Facebook Twitter
    Trending
    • 10 barang wajib yang perlu ada dalam beg kit banjir
    • Betulkan semula kitaran tidur dengan cara ini
    • Kenali siren banjir
    • Kebaikan apple cider vinegar untuk kesihatan
    • Red flag awal serangan jantung
    • 5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama
    • Adakah kewangan anda stabil?
    • Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Betulkan semula kitaran tidur dengan cara ini

      November 25, 2025

      Kebaikan apple cider vinegar untuk kesihatan

      November 24, 2025

      Red flag awal serangan jantung

      November 21, 2025

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur

      November 20, 2025

      Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

      November 19, 2025
    • Kewangan

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025
    • Pendidikan

      10 barang wajib yang perlu ada dalam beg kit banjir

      November 25, 2025

      Kenali siren banjir

      November 24, 2025

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur

      November 20, 2025

      Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

      November 20, 2025

      7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

      November 20, 2025
    • Kerjaya

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Obesiti makin kritikal, ancaman terhadap kesihatan negara

    Obesiti makin kritikal, ancaman terhadap kesihatan negara

    By AMAL HAYATI FAUZIAugust 19, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Obesiti bukan sekadar angka, tapi amaran kesihatan negara. GAMBAR HIASAN CANVA

    LEBIH separuh penduduk negara ini berdepan masalah berat badan berlebihan atau obesiti, menjadikan Malaysia antara negara dengan kadar tertinggi kegemukan di Asia Tenggara. Lebih membimbangkan, masalah yang dikaitkan pelbagai penyakit itu semakin terserlah dalam kalangan generasi muda.

    Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023, 13.6 peratus remaja Malaysia kini mempunyai masalah berat badan. Ini membuktikan obesiti bukan lagi sekadar isu gaya hidup, sebaliknya merupakan penyakit kronik yang melibatkan kesan jangka panjang terhadap kesihatan secara fizikal dan mental seseorang individu.

    Bahaya tersembunyi di sebalik obesiti

    Obesiti sering dikaitkan dengan amalan pemakanan tidak seimbang dan kurang aktiviti riadah. Bagaimanapun, kajian mendapati kesannya jauh lebih kritikal.

    Memetik dari laporan oleh Utusan Malaysia, data yang dikumpulkan selama 20 tahun melalui klinik obesiti pediatrik di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mendapati 62 peratus kanak-kanak dan remaja yang merana penyakit kegemukan ini mempunyai hati berlemak, iaitu penyakit yang berpotensi menjadi kronik jika tidak dirawat dari awal.

    Stigma terhadap masalah kegemukan masih menjadi cabaran besar. Ramai remaja yang mengalaminya berdepan ejekan dan diskriminasi hingga menjejaskan keyakinan diri, sekali gus meningkatkan risiko masalah kesihatan mental. 

    Jalan pintas kepada penyakit kronik

    Statistik demografik menunjukkan tanda amaran serius. NHMS 2023 melaporkan 4.58 juta atau 21.8 peratus rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti. Lebih membimbangkan, obesiti dikaitkan secara langsung dengan penyakit jantung, strok, kanser, dan diabetes yang secara keseluruhan menyumbang lebih 70 peratus kematian pramatang di negara ini.

    Komitmen dasar dan inisiatif baru

    Menyedari impak obesiti terhadap ekonomi dan kesihatan awam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menyatakan Belanjawan 2026 akan memberi tumpuan khusus kepada isu obesiti.

    Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bekerjasama dengan Reset Health melalui program Roczen Universal yang menyasarkan 1,000 hingga 2,000 peserta obes untuk menyertai projek perintis di Gombak. Program ini diharap dapat mengurangkan kadar obesiti dalam kalangan rakyat.

    Masalah kegemukan merupakan krisis kesihatan awam yang memerlukan tindakan bersama. Pendidikan awal mengenai pemakanan sihat, akses kepada ruang riadah yang selamat, sokongan komuniti serta dasar kerajaan yang proaktif adalah antara kunci utama kepada perubahan.

    Jika isu berat badan berlebihan tidak ditangani segera, negara bakal berdepan beban penyakit kronik yang lebih besar yang boleh menjejaskan produktiviti dan kualiti hidup. Masalah ini bukan sekadar angka dalam laporan kesihatan, tetapi satu bentuk amaran untuk seluruh masyarakat. -RELEVAN

    belanjawan 2026 featured kegemukan kesihatan obesiti

    Artikel berkaitan

    10 barang wajib yang perlu ada dalam beg kit banjir

    November 25, 2025

    Betulkan semula kitaran tidur dengan cara ini

    November 25, 2025

    Kenali siren banjir

    November 24, 2025

    Kebaikan apple cider vinegar untuk kesihatan

    November 24, 2025

    Red flag awal serangan jantung

    November 21, 2025

    5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

    November 21, 2025
    Artikel Terkini

    10 barang wajib yang perlu ada dalam beg kit banjir

    November 25, 2025

    Betulkan semula kitaran tidur dengan cara ini

    November 25, 2025

    Kenali siren banjir

    November 24, 2025

    Kebaikan apple cider vinegar untuk kesihatan

    November 24, 2025

    Red flag awal serangan jantung

    November 21, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.