Facebook Twitter
    Trending
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    • Petanda anda seorang ‘picky eater’
    • Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?
    • Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini
    • Apabila rambut beruban proses melindungi diri
    • Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?
    • Apa itu alam pekerjaan sebenar
    • Gaji besar tapi simpanan sikit
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025
    • Kerjaya

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya

    Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya

    By Umi FatehahAugust 18, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya

    KEMERDEKAAN bukan hanya bermakna bebas daripada penjajahan fizikal. Dalam era moden, kemerdekaan juga merangkumi alam digital. 

    Internet adalah dunia tanpa sempadan yang membolehkan kita berhubung, berkongsi dan menyuarakan pandangan tanpa sekatan. Kehadiran internet dan media sosial membolehkan rakyat Malaysia menzahirkan pendapat tentang isu semasa, politik, ekonomi dan hiburan secara terbuka berbanding era tanpa rangkaian digital itu. 

    Namun, kebebasan ini datang bersama tanggungjawab. Tiada kemerdekaan atau kebebasan mutlak dalam era digital.

    Suara rakyat di media sosial

    Hari ini, hampir semua orang memiliki platform untuk bersuara. Facebook, X (Twitter), TikTok dan Instagram menjadi pentas untuk rakyat menyampaikan suara hati berbanding hanya akhbar atau forum tertentu. Hari ini dengan satu ciapan atau hantaran video boleh menjangkau ribuan hingga jutaan orang penonton dalam sekelip mata.

    Kebebasan bersuara sangat berharga tetapi ia juga pedang bermata dua. Ramai lupa bahawa kata-kata yang dilontarkan di alam maya boleh mengguris, merosakkan reputasi atau menimbulkan kekecohan. 

    Fitnah, maklumat palsu dan kata-kata kesat sering berlegar sehingga menimbulkan salah faham dan perpecahan. Maka, kemerdekaan digital bukanlah lesen untuk menulis sesuka hati. Terdapat tanggungjawab dalam menyuarakan pendapat dengan penuh adab.

    Ancaman penjajahan baharu

    Pada satu masa, masyarakat dijajah kuasa asing. Hari ini penjajahan minda dan budaya datang melalui media digital. Arus filem, muzik, fesyen dan gaya hidup dari luar negara semakin pantas memasuki masyarakat tanpa tapisan. Ketaksuban kepada budaya baru ini mula menghakis dentiti bangsa dan budaya.

    Lebih membimbangkan ialah isu keselamatan siber. Serangan penggodam, pencurian data, penipuan dalam talian dan eksploitasi kanak-kanak adalah bentuk penjajahan baharu yang boleh mengancam negara. Tanpa kesedaran dan literasi digital yang baik, rakyat mudah terperangkap dan akhirnya menjadi mangsa.

    Etika dan adab di alam maya

    Kemerdekaan digital menuntut masyarakat supaya menjaga etika dan adab, sama seperti dalam kehidupan nyata. Antara perkara penting yang perlu diamalkan ialah:

    • Berfikir sebelum menulis – Pastikan maklumat yang dikongsi sahih dan bermanfaat, bukan sekadar mengejar perhatian atau tanda suka (likes).
    • Menghormati perbezaan pandangan – Tidak semua orang sependapat dengan kita. Perbezaan itu normal tetapi jangan sampai mencetuskan permusuhan.
    • Menjaga privasi diri dan orang lain – Jangan dedahkan maklumat peribadi yang boleh mengundang bahaya. Hormati juga hak privasi orang lain.
    • Mengelak daripada menyebar kebencian – Komen berbaur perkauman, agama atau politik yang ekstrem boleh merosakkan perpaduan.

    Apabila kita mengamalkan adab ini, alam maya menjadi lebih sihat dan selamat untuk semua.

    Tanggungjawab generasi muda

    Generasi muda adalah golongan yang paling banyak menghabiskan masa di internet. Mereka juga yang akan menentukan arah tuju kemerdekaan digital negara. Oleh itu, mereka perlu dididik untuk menjadi pengguna bijak. Kita perlu tahu menilai kebenaran sesuatu berita, tahu menghormati orang lain serta tahu menggunakan teknologi untuk kebaikan.

    Jika anak muda menjadikan platform digital sebagai wadah untuk menyebarkan ilmu, menyalurkan inspirasi dan mengembangkan perniagaan, negara akan menjadi lebih gemilang. – RELEVAN

    Previous ArticleAdab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang
    Next Article Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan

    Artikel berkaitan

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026
    Artikel Terkini

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.