Facebook Twitter
    Trending
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Beli kereta atau rumah dahulu?

    Beli kereta atau rumah dahulu?

    By Umi FatehahJuly 14, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Beli kereta atau rumah dahulu? - GAMBAR HIASAN JAN WALTER LUIGI/UNSPLASH

    DILEMA ini sering membelenggu ramai anak muda sebaik sahaja mereka mula bekerja dan mempunyai pendapatan tetap. 

    Ada yang merasakan memiliki kereta sendiri lebih penting kerana ia memudahkan pergerakan harian terutamanya jika tempat kerja jauh atau akses kepada pengangkutad awam yang terhad. 

    Namun, ramai juga berpendapat membeli rumah patut diutamakan kerana ia pelaburan jangka panjang dan bukti kestabilan hidup.

    Dengan gaji permulaan yang terhad serta komitmen lain seperti bayaran pinjaman pelajaran, mana satu yang patut anda utamakan dahulu? Kereta atau rumah?

    Kereta: Keperluan atau kehendak?

    Ramai orang memilih untuk membeli kereta dahulu selepas mula bekerja. Bagi mereka, memiliki kereta sendiri memberikan kebebasan bergerak tanpa perlu bergantung kepada jadual pengangkutan awam atau menumpang orang lain. 

    Selain itu, kereta juga memudahkan urusan harian seperti membeli barang keperluan atau pulang ke kampung. 

    Tambahan pula, bagi mereka yang bekerja dalam sektor yang menuntut mobiliti tinggi seperti jurujual, pegawai pemasaran atau jurutera tapak, memiliki kereta bagaikan satu keperluan.

    Namun, di sebalik kemudahan itu, perlu diingat bahawa kereta adalah liabiliti. Nilainya susut setiap tahun. 

    Malah, anda bukan hanya membayar ansuran bulanan tetapi juga petrol, tol, servis berkala, insurans dan cukai jalan. Semua ini boleh mencecah ratusan hingga ribuan ringgit sebulan bergantung kepada jenis kereta.

    Jika anda membeli kereta melebihi kemampuan hanya untuk nampak bergaya, ia boleh melambatkan perancangan kewangan jangka panjang termasuk membeli rumah. 

    Oleh itu, jika kereta bukan keperluan mendesak (contohnya anda tinggal dekat LRT, MRT atau boleh menunggang motosikal dahulu), pertimbangkan untuk menangguhkan pembelian kereta.

    Rumah: Aset jangka panjang yang bernilai

    Berbeza dengan kereta, rumah adalah aset yang nilainya boleh meningkat. Membeli rumah pada awal kerjaya membantu anda membina kekayaan kerana pembayaran ansuran bulanan sebenarnya meningkatkan pemilikan anda ke atas hartanah tersebut, bukan sekadar sewa yang ‘hilang begitu sahaja’.

    Namun, membeli rumah juga bukan perkara kecil. Anda memerlukan wang pendahuluan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada harga rumah. Contohnya, anda perlu sediakan RM30,000 untuk rumah bernilai RM300,000, kos guaman, yuran penilaian dan kos pemindahan hak milik. 

    Selain itu, bank akan menilai komitmen hutang anda melalui Debt Service Ratio (DSR). Jika anda sudah ada hutang kereta yang tinggi, kemampuan untuk lulus pinjaman rumah akan berkurangan.

    DSR ialah nisbah antara jumlah komitmen hutang bulanan anda dengan pendapatan bersih bulanan anda, biasanya dalam bentuk peratusan.

    Formula mudah:

    DSR = (Jumlah komitmen hutang bulanan ÷ Pendapatan bersih bulanan) x 100%

    Jika gaji bersih anda RM3,000 dan jumlah hutang bulanan anda (pinjaman kereta, pinjaman PTPTN, kad kredit) ialah RM1,200, maka:

    DSR = (1,200 ÷ 3,000) x 100% = 40%

    Umumnya, bank mahukan DSR bawah 60 peratus untuk meluluskan pinjaman pembelian rumah. Namun, ada bank yang menetapkan maksimum 45 peratus hingga 55 peratus bergantung kepada dasar risiko dan gaji anda.

    DSR yang lebih rendah menunjukkan anda masih ada lebihan pendapatan selepas membayar komitmen bulanan, sekali gus meningkatkan peluang lulus pinjaman.

    Macam mana nak nilai keputusan?

    1. Tanya keperluan diri

    Adakah kereta benar-benar satu keperluan untuk kerja anda sekarang? Jika ya, pastikan beli kereta dalam kemampuan, bukan semata-mata kerana jenama atau penampilan.

    1. Lihat kestabilan kerjaya dan lokasi kerja

    Jika pekerjaan anda stabil dan lokasi kerja kekal di satu tempat, beli rumah dahulu boleh jadi langkah bijak. Tetapi jika pekerjaan anda berpindah-randah atau belum pasti di mana akan menetap, mungkin beli kereta dahulu lebih praktikal.

    1. Periksa DSR dan kelayakan pinjaman

    Gunakan kalkulator DSR online atau minta bank menyemak kelayakan. Jika beli kereta dulu menjejaskan peluang lulus pinjaman rumah, anda perlu pertimbangkan semula.

    1. Fikir jangka panjang

    Rumah boleh dijadikan pelaburan atau disewakan jika anda berpindah. Kereta jarang sekali menghasilkan duit melainkan digunakan untuk Grab, p-hailing atau perniagaan lain.

    1. Pertimbangkan kos sampingan

    Rumah memerlukan bayaran penyelenggaraan (jika strata), cukai pintu, cukai tanah dan bil utiliti. Kereta pula memerlukan servis berkala, insurans tahunan dan kos petrol yang tidak murah.

    Realiti kehidupan

    Realitinya, ramai yang tidak lagi berkeinginan untuk membeli rumah kerana gaji bulanan mereka hanya cukup untuk menampung keperluan asas hidup. Bagi mereka, memiliki kereta jauh lebih penting berbanding membeli rumah, terutamanya apabila perlu bergerak ke tempat kerja atau pulang ke kampung tanpa menyusahkan orang lain.

    Tidak kurang juga yang memilih untuk menyewa rumah sepanjang hidup kerana beranggapan memiliki rumah sendiri hanyalah satu beban tambahan. Lagipun, walaupun menyewa, mereka masih ada tempat berteduh meskipun rumah itu bukan milik sendiri.

    Namun, semua ini bergantung kepada pilihan hidup masing-masing. Jika anda merasakan membeli kereta dahulu lebih penting, itu juga bukan satu kesalahan. Mungkin dalam tempoh lima tahun akan datang, apabila gaji sudah meningkat dan kewangan lebih stabil, barulah anda bersedia untuk memiliki rumah sendiri. – RELEVAN

    Previous ArticleJangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    Next Article Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

    Artikel berkaitan

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026
    Artikel Terkini

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.