Facebook Twitter
    Trending
    • Tanda kolesterol tinggi pada wajah
    • Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda kolesterol tinggi pada wajah

      January 23, 2026

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    By Umi FatehahJune 26, 20255 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat. - GAMBAR HIASAN MASJID MABA.UNSPLASH

    SETIAP kali tibanya awal Muharam, umat Islam di seluruh dunia menyambut kedatangan tahun baru dalam kalendar Hijrah dengan penuh rasa syukur dan harapan.

    Tidak seperti sambutan tahun baharu yang sering dikaitkan dengan pesta dan hiburan, awal Muharam diraikan dengan suasana yang lebih sederhana dan penuh keinsafan.

    Tahun ini, Awal Muharam 1447H jatuh pada hari Jumaat iaitu penghulu segala hari. Gabungan dua hari yang penuh barakah ini menjadikannya waktu paling sesuai untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memperbaharui niat hidup sebagai seorang Muslim.

    Bulan Muharam merupakan salah satu daripada empat bulan haram (bulan haram dalam Islam merujuk kepada empat bulan yang dimuliakan dan diharamkan berperang iaitu Muharram, Rejab, Zulkaedah, dan Zulhijjah). 

    Ia juga menandakan permulaan takwim Hijrah satu sistem penanggalan yang berpaksikan peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah.

    Sebagai umat Islam, menyambut awal Muharam bukan sekadar menukar kalendar tetapi juga satu peluang untuk melakukan muhasabah diri dan memperbaharui azam serta amalan. 

    Berikut beberapa amalan yang dianjurkan sempena awal Muharam, terutama apabila jatuh pada hari yang sangat mulia seperti Jumaat.

    1. Membaca doa akhir dan awal tahun Hijrah

    Menjelang 1 Muharam, umat Islam digalakkan membaca doa akhir tahun sebelum waktu Maghrib dan doa awal tahun selepas Maghrib.

    Doa-doa ini tidak wajib tetapi menjadi satu bentuk harapan dan permohonan agar tahun sebelumnya diampunkan segala kesalahan dan tahun baharu dipenuhi dengan kebaikan, perlindungan dan keberkatan.

    Doa akhir tahun:

    اَللَّهُمَّ مَا عَمِلْتُ مِنْ عَمَلٍ فِي هَذِهِ السَّنَةِ مَا نَهَيْتَنِي عَنْهُ وَلَمْ أَتُبْ مِنْه وَحَلُمْتَ فِيْها عَلَيَّ بِفَضْلِكَ بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَتِي وَدَعَوْتَنِي إِلَى التَّوْبَةِ مِنْ بَعْدِ جَرَاءَتِي عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنِّي اسْتَغْفَرْتُكَ فَاغْفِرْلِي وَمَا عَمِلْتُ فِيْهَا مِمَّا تَرْضَى وَوَعَدْتَّنِي عَلَيْهِ الثّوَابَ فَأَسْئَلُكَ أَنْ تَتَقَبَّلَ مِنِّي وَلَا تَقْطَعْ رَجَائِ مِنْكَ يَا كَرِيْمُ

    “Allahumma ma ‘amiltu min ‘amalin fi hadzihis sanati ma nahaitani ‘anhu, wa lam atub minhu, wa hamalta fiha ‘alayya bi fadhlika ba’da qudratika ‘ala ‘uqubati, wa da’autani ilat taubati min ba’di jara’ati ‘ala ma’shiyatik. Fa inni astaghfiruka, faghfirlî wa ma ‘amiltu fiha mimma tardha, wa wa’attani ‘alaihits tsawaba, fa’as’aluka an tataqabbala minni wa la taqtha’ raja’i minka ya karim.”

    Ertinya: “Ya Tuhanku, aku meminta ampun atas perbuatanku di tahun ini termasuk yang Engkau larang sementara aku belum sempat bertaubat, perbuatanku yang Engkau maklumi kerana kemurahanMu sementara Engkau mampu menyiksaku dan perbuatan (dosa) yang Engkau perintahkan untuk taubat sementara aku menerjangnya yang bererti mendurhakaiMu. 

    Kerananya aku memohon ampun kepadaMu, ampunilah aku. Ya Tuhanku, aku berharap Engkau menerima perbuatanku yang Engkau redhoi di tahun ini dan perbuatanku yang terjanjikan pahalaMu. Janganlah pupuskan harapanku, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah.”

    Doa awal tahun:

    اَللَّهُمَّ أَنْتَ الأَبَدِيُّ القَدِيمُ الأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ العَظِيْمِ وَكَرِيْمِ جُوْدِكَ المُعَوَّلُ، وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ، أَسْأَلُكَ العِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الشَّيْطَانِ وَأَوْلِيَائِه، وَالعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ الأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ، وَالاِشْتِغَالَ بِمَا يُقَرِّبُنِيْ إِلَيْكَ زُلْفَى يَا ذَا الجَلَالِ وَالإِكْرَامِ

    “Allahumma antal abadiyyul qadîmul awwal. Wa ‘ala fadhlikal ‘azhimi wa karimi judikal mu’awwal. Hadza ‘amun jadidun qad aqbal. As’alukal ‘ishmata fihi minas syaithani wa auliya’ih, wal ‘auna ‘ala hadzihin nafsil ammarati bis su’i, wal isytighala bima yuqarribuni ilaika zulfa, ya dzal jalali wal ikram.”

    Ertinya: “Ya Tuhanku, Engkau yang Abadi, Qadim dan Awal. Atas kurniaMu yang besar dan kemurahanMu yang mulia, Engkau menjadi pintu harapan. Tahun baharu ini sudah tiba. Aku berlindung kepadaMu dari pujukan iblis dan para walinya di tahun in. 

    Aku pun mengharap pertolonganMu dalam mengatasi nafsu yang kerap mendorongku berlaku jahat. KepadaMu, aku memohon bimbingan agar urusan keseharian mendekatkanku pada rahmatMu. Wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kemuliaan.”

    1. Berpuasa sunat

    Berpuasa pada bulan Muharam sangat digalakkan. Rasulullah SAW bersabda bahawa sebaik-baik puasa selepas Ramadan ialah puasa pada bulan Muharam. 

    Walaupun puasa yang paling utama ialah pada 10 Muharam (Hari Asyura), umat Islam juga boleh berpuasa sunat pada 1 Muharam sebagai tanda kesyukuran dan untuk memulakan tahun dengan amalan soleh.

    1. Muhasabah diri dan azam baharu

    Awal Muharam boleh dijadikan detik untuk bermuhasabah dengan menilai semula amalan sepanjang tahun lalu. Adakah kita semakin hampir kepada Allah atau semakin jauh? Adakah solat terjaga, bersedekah dan menunjukkan akhlak yang baik kepada orang sekeliling?

    Selepas menilai diri, kita boleh menetapkan azam baharu. Contohnya memperbaiki solat, meningkatkan ilmu agama, menjauhi dosa kecil dan besar serta perbanyakkan amalan sunat.

    1. Membaca surah Yasin dan surah Al-Kahfi

    Memandangkan 1 Muharam jatuh pada hari Jumaat, adalah digalakkan untuk membaca Surah Al-Kahfi. Hal ini kerana ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT termasuk dilindungi daripada fitnah Dajjal dan diberikan cahaya antara dua Jumaat.

    Surah Yasin pula sering dibaca sebagai pelengkap kepada doa akhir dan awal tahun bagi memohon dipermudahkan segala urusan dan dilimpahi rahmat sepanjang tahun mendatang.

    1. Perbanyakkan zikir, istighfar dan selawat

    Gabungan awal tahun dan hari Jumaat menjadikan hari tersebut waktu terbaik untuk memperbanyakkan zikir, istighfar dan selawat ke atas Nabi SAW. 

    Hari Jumaat sendiri adalah hari di mana doa amat mustajab terutama pada waktu-waktu tertentu seperti antara dua khutbah dan selepas Asar.

    Gunakan peluang ini untuk memohon keampunan, berdoa untuk keluarga, negara dan seluruh umat Islam.

    1. Bersedekah dan menyantuni orang lain

    Sedekah adalah amalan yang amat dituntut dalam Islam. Untuk memulakan tahun dengan amalan baik, cubalah bersedekah walaupun sedikit sama ada dalam bentuk wang, makanan atau pertolongan kepada mereka yang memerlukan.

    Jadikan juga awal Muharam sebagai titik permulaan untuk menjadi insan yang lebih penyayang, sabar dan ringan tulang membantu orang lain. – RELEVAN

    Previous ArticleSteve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    Next Article Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    Artikel berkaitan

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026
    Artikel Terkini

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.