Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

    Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

    By NURUL ARIFAH SHAHIFUDINMay 23, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Nurul Arifah Shahifudin

    WASIAT merupakan salah satu cara yang sah dari segi undang-undang untuk seseorang menentukan bagaimana hartanya akan dibahagikan selepas dia meninggal dunia. Ia memberikan kebebasan kepada pewasiat untuk menyatakan hasrat terakhirnya mengenai siapa yang akan menerima hartanya.

    Namun begitu, timbul persoalan: bagaimana jika pewasiat itu bukan beragama Islam dan mewasiatkan semua hartanya kepada pihak luar. Sebagai contoh, teman wanita walaupun dia sebenarnya mempunyai isteri dan anak-anak sah?

    Adakah wasiat seperti ini sah di sisi undang-undang? Dan yang lebih penting, adakah waris yang terabai boleh mencabar wasiat tersebut di mahkamah?

    Wasiat orang bukan Islam menurut undang-undang

    Di Malaysia, undang-undang sivil terpakai bagi individu bukan Islam dalam hal-hal berkaitan pembahagian harta pusaka. 

    Menurut Akta Pentadbiran Harta Pusaka 1959, seseorang bukan Islam bebas mewasiatkan hartanya kepada sesiapa sahaja yang diinginkan termasuk individu bukan ahli keluarga seperti kawan rapat, badan kebajikan atau teman istimewa.

    Wasiat tersebut akan diiktiraf dan boleh dilaksanakan. Asalkan, ia memenuhi syarat-syarat asas penulisan wasiat seperti pewasiat berada dalam keadaan waras semasa menulis wasiat serta tidak dipaksa atau dipengaruhi secara tidak wajar.

    Namun, walaupun wasiat itu sah secara teknikal, ia tetap boleh dicabar di mahkamah oleh waris-waris yang merasakan diri mereka terpinggir atau tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

    Wasiat boleh dicabar di mahkamah

    Sekiranya pewasiat meninggalkan waris yang sah seperti isteri, suami atau anak-anak, terutama anak yang masih di bawah umur waris ini mempunyai hak dari segi undang-undang untuk mencabar kandungan wasiat tersebut.

    Cabaran ini boleh dibuat berdasarkan Akta Pewarisan (Peruntukan Keluarga) 1971, Akta 39 yang memberikan kuasa kepada Mahkamah Tinggi untuk menyemak semula wasiat dan menentukan sama ada perlu diwujudkan peruntukan tambahan bagi menyara waris-waris yang bergantung kepada si mati semasa hayatnya.

    Apa itu Akta Pewarisan (Peruntukan Keluarga) 1971?

    Akta ini digubal bagi melindungi kebajikan dan kepentingan waris tertentu khususnya mereka yang bergantung sepenuhnya kepada pewasiat ketika dia masih hidup. 

    Ia memberi kuasa kepada mahkamah untuk memastikan ada sebahagian daripada harta pusaka yang diperuntukkan kepada tanggungan si mati jika mereka didapati memerlukan sokongan kewangan.

    Antara tanggungan yang layak mendapat peruntukan termasuk:

    • Isteri atau suami
    • Anak-anak (termasuk anak bawah umur atau kurang upaya)
    • Mana-mana tanggungan lain yang bergantung kepada si mati untuk kehidupan

    Jika mahkamah mendapati bahawa pewasiat gagal menyediakan peruntukan munasabah kepada tanggungannya melalui wasiat, arahan akan dikeluarkan supaya pembahagian harta pusaka diubah demi memastikan keperluan asas waris dipenuhi.

    Had peruntukan mahkamah

    Mengikut Klausa 3 dalam akta tersebut, terdapat had yang ditetapkan terhadap jumlah peruntukan yang boleh diberikan kepada tanggungan si mati:

    • Jika si mati meninggalkan isteri dan tanggungan lain, maksimum dua pertiga (2/3) daripada pendapatan tahunan harta pusaka boleh diperuntukkan kepada mereka.
    • Jika hanya tinggal isteri atau suami tanpa tanggungan lain, had peruntukannya ialah separuh (1/2) daripada pendapatan tahunan harta pusaka.

    Ini bermaksud, walaupun seseorang bebas membuat wasiat, mahkamah boleh menetapkan sebahagian harta untuk waris tertentu bergantung kepada keadaan dan keperluan hidup mereka.

    Apa yang mahkamah akan pertimbangkan?

    Sebelum membuat keputusan untuk mengubah atau mencabar kandungan wasiat, mahkamah akan menilai beberapa aspek penting yang dinyatakan di bawah Klausa 7. Antaranya termasuk:

    • Sebab pewasiat tidak mewasiatkan apa-apa kepada isteri atau anak-anak. Mahkamah akan melihat sama ada pewasiat mempunyai sebab munasabah seperti hubungan yang telah lama terputus atau jika waris tersebut sudah cukup dari segi kewangan.
    • Adakah terdapat kenyataan bertulis atau bukti lain yang menunjukkan niat sebenar pewasiat. Sebagai contoh, surat peribadi, rakaman video atau dokumen yang menyatakan dengan jelas sebab-sebab pewasiat bertindak demikian.

    Mahkamah akan mempertimbangkan keseluruhan konteks kehidupan pewasiat dan waris termasuk tahap kebergantungan kewangan, keadaan kesihatan serta hubungan kekeluargaan antara mereka.

    Secara ringkasnya, bagi orang bukan Islam, wasiat yang dibuat adalah sah selagi ia memenuhi syarat undang-undang dan tidak bercanggah dengan peruntukan tertentu. 

    Namun, waris yang merasa terpinggir atau tidak dipedulikan dalam wasiat masih mempunyai hak untuk mencabarnya di mahkamah melalui saluran yang sah. – RELEVAN

    NURUL ARIFAH SHAHIFUDIN merupakan pegawai Amanah Raya dan telah berada dalam industri perwarisan sejak 2015. Berpengalaman dalam bidang pengurusan operasi dan membantu masyarakat dalam pengurusan pusaka serta merancang perwarisan melalui wasiat, amanah dan hibah.

    Artikel berkaitan

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.