Facebook Twitter
    Trending
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    • Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang
    • Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026
    • Pendidikan

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

    ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

    By Umi FatehahMay 12, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda. - GAMBAR HIASAN RDNE/PEXELS

    HARI Isnin sering dikaitkan dengan perasaan berat hati, hilang motivasi dan keletihan emosi. Pelik, bukan? Hari baharu pada minggu baharu sepatutnya memberi semangat yang lebih baik daripada sebelumnya.

    Tetapi kenapa ramai rasa lesu, hilang motivasi dan menghitung hari sehingga Jumaat tiba lagi?

    Keadaan ini biasanya dikenali sebagai Monday blues. Jadi, salah Isnin atau salah kita kerana selalu tidak bersemangat mengenangkan perlu melakukan rutin yang sama berulang kali?

    Isnin tak salah

    Isnin hanyalah satu hari dalam seminggu tetapi apa yang menjadikannya menakutkan ialah peralihan. Dua hari hujung minggu diluangkan dengan aman beralih kepada rutin harian yang padat, penuh dengan kerja dan tanggungjawab. 

    Peralihan itu bukan sahaja menakutkan tetapi kadangkala boleh membuatkan kita mengimpikan hari hujung minggu yang lebih panjang.

    Dalam kebanyakan kes, Monday blues bukan sekadar rasa malas semata-mata kerana ia boleh berlaku disebabkan beberapa faktor seperti:

    • Rutin hujung minggu yang terlalu berbeza 
    • Jadual kerja terlalu berat
    • Rasa tak puas hati terhadap kehidupan harian
    • Kebimbangan melampau 

    ‘Rawatan’ untuk Monday blues

    Adakah anda ingin lakukan perubahan agar Isnin tidak lagi terasa begitu menakutkan? Sebenarnya, ada ‘ubatnya’ tetapi ia memerlukan sedikit usaha dan kesedaran.

    1. Ubah cara anda menikmati hujung minggu

    Hujung minggu seharusnya memberi anda peluang untuk mengecas semula tenaga dan menikmati masa dengan berkualiti. 

    Walaupun kita teruja untuk keluar bersosial, tidur lewat atau mahu lakukan banyak aktiviti sosial, perkara-perkara tersebut boleh mengganggu ritma tubuh. 

    Cuba tidur dan bangun pada waktu yang hampir sama seperti hari biasa. Cara tersebut dapat membantu tubuh menyesuaikan diri dan tidak terkejut dengan perubahan drastik pada Isnin.

    Perkara paling penting sebenarnya ialah tidur yang mencukupi dan berkualiti. Apabila tubuh mendapat rehat yang diperlukan, anda akan lebih mudah untuk bangun dan bersedia menghadapi minggu baharu tanpa rasa terkejut atau terlalu letih.

    1. Rancang hari Ahad dengan bijak

    Ahad merupakan hari terakhir yang perlu dimanfaatkan untuk persiapkan mental bagi mengharungi minggu baharu. Pastikan hari Ahad anda tidak dipenuhi dengan perkara yang menyumbang kepada tekanan.  

    Sekiranya mampu, gunakan petang atau malam Ahad untuk relaks dan siapkan diri dari segi mental serta fizikal. Selesaikan tugas ringan seperti menyiapkan pakaian yang akan dipakai pada keesokan hari. 

    1. Mulakan Isnin dengan sesuatu yang disukai

    Salah satu cara terbaik untuk mengatasi Monday blues ialah dengan memulakan hari anda dengan sesuatu yang disukai atau menenangkan. 

    Mungkin secawan kopi kegemaran, bihun goreng yang dibeli di warung pakcik Abu atau mendengar lagu. Perkara kecil sebegini boleh mampu mencorakkan permulaan hari anda dengan lebih positif dan bertenaga.

    1. Jangan terlalu produktif

    Salah satu sebab kenapa Isnin terasa sangat berat ialah kerana kita cenderung untuk menyelesaikan segala-galanya sekaligus. Bercita-cita untuk menjadi terlalu produktif juga ada padahnya. Ia boleh menyebabkan stres dan keletihan yang tidak diperlukan. 

    Sebaliknya, mulakan hari Isnin dengan menyelesaikan tugas yang lebih mudah atau ringan terlebih dahulu. Cara tersebut akan memberikan rasa pencapaian dan meningkatkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan tugas yang lebih mencabar.

    1. Lihat Isnin sebagai peluang baharu, bukan musuh

    Boleh dikatakan, kebanyakan orang melihat Isnin sebagai musuh kerana terpaksa kembali kepada rutin bekerja. Namun, cuba tukar perspektif negatif itu dan anggap sahaja Isnin ialah peluang baharu untuk memulakan sesuatu yang lebih baik daripada minggu sebelumnya. – RELEVAN

    Previous ArticleBermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita
    Next Article Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?

    Artikel berkaitan

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026
    Artikel Terkini

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.