Facebook Twitter
    Trending
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    • Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang
    • Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?
    • Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026
    • Kewangan

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026
    • Pendidikan

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Malas bagi signal ketika memandu? Jangan terkejut kalau anda jadi punca kemalangan

    Malas bagi signal ketika memandu? Jangan terkejut kalau anda jadi punca kemalangan

    By Umi FatehahMarch 18, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kenapa sesetengah pemandu malas guna signal kereta? - GAMBAR HIASAN ISKANDAR ISHAK

    SETIAP kali memandu, kita berkongsi jalan dengan berpuluh, beratus atau mungkin beribu kenderaan lain. Dalam kesibukan itu, komunikasi antara pemandu sangat penting. 

    Komunikasi yang dimaksudkan bukanlah perlu menghantar teks mesej atau membuat panggilan kepada pemandu lain tetapi cara paling asas untuk berkomunikasi di jalan raya ialah dengan menggunakan lampu isyarat membelok (signal). 

    Malangnya, masih ramai pemandu yang mengabaikan perkara mudah ini seolah-olah kereta mereka ada kuasa ajaib yang membolehkan orang lain tahu ke mana mereka mahu pergi.

    Kereta zaman dahulu

    Sebenarnya, bukan semua kereta dari dahulu sudah dilengkapi lampu. Pada zaman dahulu ketika kereta mula dicipta, kemudahan ini belum lagi menjadi ciri standard pada setiap kenderaan. Pemandu perlu menggunakan tangan untuk memberikan isyarat ke mana mereka mahu membelok. 

    Bayangkan, anda sedang memandu dan satu tangan memegang stereng, satu tangan lagi pula perlu keluar tingkap untuk memberi isyarat. 

    Perkara ini bukan sahaja leceh malah membahayakan! Kemudian, pada tahun 1930-an, sistem lampu signal mula diperkenalkan dan semakin berkembang sehingga menjadi ciri wajib dalam semua kenderaan moden. 

    Hakikatnya, masih ramai pemandu yang bersikap sambil lewa tentang perkara ini. Orang belakang bukan ahli nujum yang boleh meramal anda mahu ke kiri atau ke kanan. Kalau tiba-tiba membelok tanpa amaran, anda bukan sahaja menyusahkan orang tetapi boleh menyebabkan kemalangan. 

    Signal bukan hak eksklusif kereta mahal sahaja. Tidak kisahlah anda memandu kereta Axia atau Alphard, semua kereta sudah dilengkapi dengan signal.

    Signal juga membantu kelancaran trafik. Di jalan raya yang sibuk, semua orang saling memahami pergerakan masing-masing dan memberi ruang kerana signal digunakan dengan betul. 

    Akibat tidak memberi signal

    • Kemalangan mengejut
      Pemandu lain tidak bersedia dengan pergerakan anda. Brek mengejut boleh menyebabkan pelanggaran dari belakang.
    • Kemalangan berantai
      Jika satu kereta terpaksa membrek mendadak, ia boleh mencetuskan kemalangan berantai, lebih-lebih lagi di lebuh raya yang sesak.
    • Gangguan kelancaran trafik
      Pemandu lain terpaksa berhenti atau memperlahankan kenderaan secara tiba-tiba, menyebabkan kesesakan yang tidak perlu.
    • Marah dan stres
      Pemandu lain akan rasa geram kerana anda menyusahkan mereka. Ini boleh mencetuskan pergaduhan di jalan raya.
    • Salah faham di persimpangan
      Tanpa signal, pemandu lain mungkin menganggap anda mahu jalan terus, sedangkan anda ingin membelok. Ini berpotensi besar mengundang perlanggaran.

    Ingat, signal bukan aksesori. Ia alat komunikasi di jalan raya. Fikir-fikirkanlah sebelum anda jadi punca berita ‘kemalangan disebabkan pemandu culas bagi signal.’

    Jangan lupa juga untuk kongsikan artikel ini beramai-ramai agar mesej (dan amaran) dapat disampaikan kepada pemandu-pemandu yang malas bagi signal! – RELEVAN

    Previous ArticleNak tidur lepas sahur? Ini hukum dan kesan kepada kesihatan!
    Next Article Jadikan hobi sebagai kerjaya

    Artikel berkaitan

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026
    Artikel Terkini

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.