Facebook Twitter
    Trending
    • Tanda kolesterol tinggi pada wajah
    • Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda kolesterol tinggi pada wajah

      January 23, 2026

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kenapa wanita perlu ada duit sendiri?

    Kenapa wanita perlu ada duit sendiri?

    By Umi FatehahJanuary 28, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kenapa wanita perlu ada duit sendiri? - GAMBAR HIASAN MIKHAIL NILOV/PEXELS

    ZAMAN sekarang, kehidupan tidak lagi semudah seperti kehidupan nenek moyang kita dahulu. Kos sara hidup semakin meningkat dan ketidakpastian boleh berlaku pada bila-bila masa. 

    Dalam situasi ini, memiliki pendapatan sendiri bukan lagi satu pilihan tetapi satu keperluan terutamanya bagi kaum wanita.

    Masih ada yang berpendapat, “Lelaki kan ketua keluarga, biarlah mereka cari nafkah.” Namun, sekiranya keadaan ini berlanjutan, adakah kehidupan masa depan terjamin? 

    Bagaimana mahu menghadapi situasi di luar jangkaan seperti kemalangan, kerosakan rumah dan kereta? Adakah simpanan sedia ada cukup untuk mengatasinya?

    Lebih-lebih lagi, kes penceraian semakin meningkat di Malaysia. Dalam kebanyakan situasi, penceraian bukan sahaja memberi kesan emosi tetapi juga kesan dari sudut kewangan terutamanya bagi wanita yang tidak mempunyai pendapatan sendiri. 

    Bayangkan seorang isteri yang selama bertahun-tahun menjadi suri rumah, bergantung sepenuhnya kepada suami untuk segala keperluan. 

    Apabila perkahwinan berakhir, dia terpaksa memulakan hidup baru tanpa pengalaman kerja, simpanan dan sumber pendapatan. Situasi seperti ini menyebabkan ramai wanita terperangkap dalam kekangan kewangan malah ada yang terpaksa meminta bantuan daripada keluarga atau bergantung kepada ihsan orang lain.

    Mempunyai pendapatan sendiri sebelum menghadapi situasi seperti ini bukan sahaja membantu wanita untuk bangkit semula tetapi juga memberi mereka keyakinan untuk meneruskan kehidupan tanpa terlalu bergantung kepada orang lain. 

    Dengan kestabilan kewangan, wanita mampu menyediakan keperluan untuk anak-anak, membayar sewa rumah dan meneruskan hidup tanpa rasa tertekan.

    1. Kebebasan kewangan dan kuasa membuat keputusan

    Apabila seorang wanita memiliki pendapatan sendiri, dia mempunyai kuasa untuk menentukan ke mana arah wang itu dibelanjakan. 

    Ini memberi kebebasan untuk membuat keputusan penting seperti menyimpan untuk masa depan, membayar hutang, melabur untuk pendidikan anak-anak atau untuk kepentingan diri sendiri. 

    Selain itu, kebebasan kewangan memberi wanita rasa aman. Mereka tidak lagi perlu merasa serba salah untuk meminta wang daripada pasangan atau bimbang tentang bagaimana ingin menguruskan kewangan keluarga. 

    Dengan pendapatan sendiri, wanita boleh membuat keputusan berdasarkan keutamaan mereka tanpa tekanan atau sekatan.

    1. Jaminan untuk situasi tidak dijangka

    Hidup ini penuh dengan ketidaktentuan. Situasi seperti penceraian, kehilangan pasangan atau kekangan kewangan boleh berlaku tanpa diduga. Apabila wanita tidak mempunyai pendapatan sendiri, mereka mudah terdedah kepada kesusahan.

    Sebaliknya, wanita yang memiliki sumber kewangan sendiri lebih bersedia menghadapi cabaran ini. Mereka mampu menyesuaikan diri dan meneruskan kehidupan tanpa terlalu tertekan. Pendapatan sendiri memberikan kestabilan dan membantu wanita membina kehidupan baru dengan lebih yakin.

    1. Memecah stereotaip tradisional

    Dari dulu lagi masyarakat memegang kepercayaan bahawa tugas lelaki adalah mencari nafkah manakala wanita menjalankan kerja-kerja rumah. 

    Namun, pemikiran ini semakin berubah apabila lebih ramai wanita membuktikan bahawa mereka juga mampu menyumbang kepada keluarga dan masyarakat.

    Wanita yang bekerja dan memiliki pendapatan sendiri memecahkan stereotaip ini dan memberi contoh kepada generasi muda bahawa wanita juga boleh berdikari. Anak-anak yang membesar dengan ibu berdikari akan memahami bahawa wanita tidak terbatas kepada satu peranan sahaja.

    1. Meningkatkan harga diri dan keyakinan

    Memiliki pendapatan sendiri memberi wanita rasa bangga dan keyakinan dalam diri mereka. Apabila seorang wanita mampu membayar bil, membeli keperluan atau membantu keluarga, ia memberikan rasa kepuasan yang mendalam.

    Wanita yang berdikari dari segi kewangan juga lebih yakin dalam membuat keputusan, baik untuk diri sendiri mahupun keluarga. Keyakinan ini penting untuk kehidupan yang seimbang dan bermakna.

    1. Menjadi contoh kepada anak-anak

    Anak-anak sentiasa memerhati tindakan ibu bapa. Apabila seorang ibu menunjukkan bahawa dia mampu berdikari dan menyumbang kepada keluarga, anak-anak dapat mempelajari nilai kerja keras dan berdikari sejak kecil.

    Ibu yang mempunyai pendapatan sendiri juga lebih mudah memenuhi keperluan anak-anak seperti pendidikan dan kesihatan. Ini menjadikan mereka contoh yang baik untuk generasi seterusnya.

    1. Menyokong keseimbangan dalam perkahwinan

    Dalam hubungan perkahwinan, keseimbangan adalah kunci. Apabila kedua-dua pasangan menyumbang kepada kewangan keluarga, ia mengurangkan tekanan kepada lelaki.

    Keseimbangan ini juga membantu mengukuhkan hubungan melalui kedua-dua pasangan saling menyokong antara satu sama lain. Dengan adanya sumbangan daripada kedua-dua pihak, keluarga dapat merancang masa depan dengan lebih stabil.

    1. Peluang untuk mengejar impian sendiri

    Pendapatan sendiri membuka peluang kepada wanita untuk mengejar minat dan impian mereka. Sama ada untuk melanjutkan pelajaran, melancong atau memulakan perniagaan, wanita yang memiliki kebebasan kewangan lebih mudah merealisasikan impian mereka.

    Apabila wanita diberi ruang untuk mengejar apa yang diimpikan, ia bukan sahaja memberi manfaat kepada mereka secara peribadi tetapi juga kepada keluarga dan masyarakat. – RELEVAN

    Previous ArticleRingkasan peristiwa Israk Mikraj dan pengajarannya kepada umat Islam
    Next Article Stetoskop, warisan abadi René Laennec dalam dunia perubatan

    Artikel berkaitan

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026
    Artikel Terkini

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.