Facebook Twitter
    Trending
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    • Petanda anda seorang ‘picky eater’
    • Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026
    • Kerjaya

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Lelaki lebih berani menipu daripada wanita?

    Lelaki lebih berani menipu daripada wanita?

    By Umi FatehahJanuary 14, 2025Updated:January 14, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Lelaki lebih pandai menipu? – GAMBAR HIASAN KOSMO

    “LELAKI lebih pandai menipu” – pernah dengar kenyataan ini? Mungkin ada yang terus setuju sambil senyum sinis. Mungkin juga ada lelaki di luar sana yang terkebil-kebil cuba menafikan. 

    Tetapi jujur, siapa yang tak pernah dengar cerita seperti, “Saya balik lambat sikit, ada banyak kerja,” padahal sebenarnya sedang menikmati teh tarik pekat di mamak dengan kawan? 

    Atau “Saya dalam perjalanan,” sedangkan masih sibuk menyikat rambut di rumah? Dalam perhubungan, isu kejujuran sering jadi perbualan panas dan lelaki sering kali jadi sasaran utama. 

    Tetapi, kenyataan lelaki lebih pandai menipu ini fakta atau sekadar mitos semata-mata?

    Untuk menjawab persoalan ini, beberapa kajian telah dilakukan dan hasilnya mungkin akan buat anda tersenyum (atau geleng kepala). Amaran spoiler: ada juga fakta yang akan memecahkan stereotaip anda selama ni!

    Lelaki memang lebih berani menipu

    Kajian yang diterbitkan oleh jurnal Personality and Social Psychology Bulletin mendapati bahawa lelaki cenderung untuk menipu dalam situasi yang memberikan mereka keuntungan terutamanya jika mereka yakin penipuan itu tidak akan terbongkar. 

    Dalam eksperimen yang melibatkan lebih 2,000 orang, lelaki lebih kerap mengaku mereka sanggup memutar belit fakta untuk mencapai matlamat.

    Salah satu sebab utama? Lelaki sering kali lebih kompetitif dan berorientasikan hasil. Ini bermaksud mereka lebih fokus kepada apa yang boleh mereka capai, walaupun ia memerlukan sedikit penipuan licik.

    Wanita pun menipu… Tetapi dengan sebab berbeza

    Namun, ini tidak bermakna wanita tidak menipu. Kajian sama menunjukkan bahawa wanita juga menipu tetapi biasanya ia dilakukan untuk menjaga perasaan orang lain atau mengelakkan konflik. 

    Sebagai contoh, seorang wanita mungkin mengatakan, “Tak apa, saya tak ambil hati pun,” walaupun sebenarnya dia terasa hati.

    Kajian lain oleh Universiti London pula mendapati wanita lebih cenderung menipu dalam situasi sosial yang melibatkan emosi seperti melindungi rahsia kawan atau memastikan hubungan kekal harmoni.

    Jenis penipuan yang berbeza

    Cara lelaki dan wanita menipu juga berbeza.

    Lelaki: Lebih kerap menipu tentang kejayaan, kewangan atau status sosial. Sebagai contoh, lelaki mungkin membesar-besarkan pencapaian mereka untuk menarik perhatian.

    Wanita: Lebih cenderung kepada penipuan putih atau tipu sunat yang bertujuan untuk menjaga perasaan orang lain, seperti memuji walaupun tidak ikhlas.

    Adakah ini bermakna lelaki lebih pandai menipu?

    Kemahiran menipu sebenarnya bergantung kepada individu, bukan jantina. Kajian Universiti Maastricht mendapati bahawa kebolehan menipu berkait rapat dengan tahap keyakinan diri dan kemahiran komunikasi. 

    Lelaki sering lebih yakin ketika menipu, jadi mereka lebih pandai menyembunyikan kebenaran.

    Sebaliknya, wanita yang menipu biasanya lebih mudah dikesan kerana perubahan emosi mereka lebih ketara seperti nada suara atau ekspresi wajah.

    Apa pengajaran untuk kita?

    Walaupun statistik menunjukkan lelaki mungkin lebih kerap menipu, ini tidak bermakna semua lelaki tidak jujur. Begitu juga dengan wanita. 

    Penting untuk tidak membuat kesimpulan berdasarkan stereotaip semata-mata. Kejujuran dalam perhubungan adalah tentang komunikasi yang terbuka dan saling mempercayai.

    Jadi, sebelum anda mula menghakimi pasangan, ingatlah bahawa manusia tidak sempurna. Yang penting, belajar untuk mengenali tanda-tanda ketidakjujuran dan sentiasa berkomunikasi dengan baik. – RELEVAN

    Previous ArticleBaju raya makin mahal atau kita makin tak mampu?
    Next Article Enzo Ferrari, legenda automotif dunia

    Artikel berkaitan

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026

    Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

    January 20, 2026

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026
    Artikel Terkini

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026

    Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

    January 20, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.