Facebook Twitter
    Trending
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tiada siapa yang nafsunya akan ternoktah pada satu tahap

    Tiada siapa yang nafsunya akan ternoktah pada satu tahap

    By August 29, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SIFAT tamak tak akan habis, bersamalah kita belajar erti cukup. - GAMBAR HIASAN/TIM BOGDANOV (Unsplash)

    EMPAT bulan lalu saya menulis tentang pertumbuhan dan kecukupan dalam hidup.

    Tentang manusia yang diprogram untuk terus tumbuh, tumbuh dan tumbuh dalam hidup sampai tak tahu mana garis akhir pertumbuhan itu.

    Saya kaitkannya dengan kefahaman kita kepada kewangan. Sebab pertumbuhan sering dikait dengan wang: wang dan kekayaan seperti benih pokok yang perlu selalu disiram dan dibaja supaya ia terus tumbuh dan bertambah.

    ARTIKEL BERKAITAN: Hidup untuk tumbuh atau cukup?

    Artikel itu ditulis selepas saya membaca temu bual bersama Pipiyapong oleh zine Pancharoba dan temu bual bersama Ian MacKaye oleh majalah Huck.

    Baru-baru ini saya baca buku yang ditulis bekas pekerja Pipiyapong pula, Nazim Masnawi. Ia buku tentang kembara rohaniah — pengalaman Nazim memulihkan diri dengan menggeluti fahaman dan amalan dalam Buddhisme.

    Pada hujung buku – bab kedua terakhir – ada ayat yang menangkap mata lalu membawa saya membaca semula artikel tadi. Nazim cakap:

    “Tiada siapa yang nafsunya akan ternoktah pada satu tahap”

    BUKU Jalan Lapan, Lipis tulisan Nazim Masnawi boleh dibeli di sini. – GAMBAR KEDAI BUKU LIAR

    Serakah serigala lapar

    Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan tamak sebagai keinginan memiliki sesuatu tanpa batasan. Kamus Pelajar Edisi Kedua pula meletakkan makna: ingin memperoleh sesuatu dengan banyaknya.

    Terjemahannya dalam bahasa Inggeris, greed asalnya bermaksud pelahap dan lapar (gredig dalam bahasa Anglian). Maknanya berkembang dan berevolusi menjadi, menurut Kamus Oxford, keinginan kuat untuk kekayaan, harta, kuasa dan sebagainya, melebihi yang diperlukan.

    Kalau ikut kata Nazim bersama makna-makna tamak di atas, semua orang adalah tamak. Sebab nafsu tidak ternoktah; kita sentiasa mahu. Selepas dapat apa yang dimahu, kita mahu lagi.

    “Tidaklah dua ekor serigala yang lapar dilepaskan ke kawanan kambing itu; lebih memusnahkan (kambing); sekiranya dibandingkan dengan ketamakan manusia akan harta dan pangkat kemuliaan pada (memusnahkan) agamanya.”

    Hadis riwayat At-Tirmizi

     

    Hadis di atas membandingkan manusia tamak dengan dua ekor serigala lapar. Bagaimana dua ekor serigala itu boleh merosakkan sekawanan kambing, lebih lagi kerosakan yang dibuat manusia tamak pada agamanya.

    Ketamakan dipandang jelik bukan dalam tradisi Islam sahaja. Dalam amalan Kristian Katolik, tamak merupakan salah satu daripada tujuh dosa besar.

    Ajaran Buddhisme meletakkan keterikatan sebagai satu daripada tiga racun yang menjadi punca sengsara. Keterikatan bermaksud kemahuan kepada hal duniawi, meliputi beberapa sifat termasuk ketamakan.

    Pengabadian qanaah

    Bagi mengatasi keterikatan dan kemahuan, kita perlu belajar menjadi pemurah. Itu yang diajarkan dalam Buddhisme. Sebab kemurahan hati mengajar kita erti bersyukur, sekali gus mengawal nafsu yang tiada noktah.

    Ajaran Islam pula menggalakkan rasa kecukupan. Sabda Rasulullah SAW:

    “Kekayaan (yang hakiki) bukanlah dengan banyaknya harta. Namun kekayaan (yang hakiki) adalah hati yang sentiasa berasa cukup.”

    Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

     

    Hati yang sentiasa berasa cukup dikaitkan dengan sifat qanaah. Saya suka apabila Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memetik ungkapan Imam Syafi’i apabila menjelaskan sifat qanaah.

    “Hamba itu merdeka selama mana dia bersifat qanaah,

    Sebaliknya, orang merdeka menjadi hamba selama mana tamak,

    Maka berqanaahlah dan jangan kamu tamak,

    Tidak ada sesuatu yang hina kecuali tamak.”

    Diwan al-Imam al-Syafi’i

     

    Ini membawa kita kembali kepada artikel yang saya tulis empat bulan lepas. Kebahagiaan abadi ada pada rasa cukup, bukan usaha menumbuh yang tiada sudah.

    Lembah tamak semarak

    Artikel ini diletakkan dalam segmen kewangan walaupun tidak menyentuh tentang wang, belanjawan atau kecelikan kewangan. 

    Sebab kita boleh belajar banyak teknik kewangan untuk berjaya dalam hidup. Tapi teknik-teknik tersebut perlu dipandu kesedaran yang jelas tentang hakikat harta, ketamakan dan kecukupan.

    Teknik bersilih ganti tak akan dapat memenuhi kehendak nafsu jika kita jatuh ke lembah tamak. Sebab tiada siapa yang nafsunya akan ternoktah pada satu tahap.

    Mahatma Gandhi kata:

    “Dunia punya cukup (sumber) untuk keperluan setiap manusia tetapi tidak cukup untuk ketamakan setiap manusia.”

     

    Hakikatnya, sumber – baik wang, harta, masa atau tenaga – adalah terhad. Apabila kita tamak membolot semua sumber yang ada, kita sedang merampas hak orang lain.

    Sebab itu, setiap kali kekayaan para jutawan meningkat, jumlah miskin tegar juga akan meningkat.

    Ambillah pesan kewangan kami dengan sederhana, jangan gunakannya untuk memarak api tamak. Duduk, renung diri dan binalah rasa cukup dalam hati. – RELEVAN

    Previous ArticleTerusan Wan Muhammad Saman kini tinggal kenangan
    Next Article Srikandi pembebasan: Khatijah Sidek

    Artikel berkaitan

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026
    Artikel Terkini

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.