Facebook Twitter
    Trending
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    • Padah lambat makan
    • Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026

      Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

      January 26, 2026
    • Kewangan

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Memilih waktu terbaik untuk bersenam

    Memilih waktu terbaik untuk bersenam

    By KU SYAFIQ KU FOZIAugust 6, 2024Updated:August 7, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KITA digalakkan bersenam waktu pagi atau petang? - GAMBAR HIASAN/EMMA SIMPSON (Unsplash)

    SUBUH pagi itu segar dan harum. Salleh buka pintu, menjemput masuk bau hangat aspal bercampur manis klorofil dari pokok-pokok. Bayu pagi yang dingin menggeletek leher dan lengan.

    Semalam dia bermimpi didatangi wanita cantik setaraf bidadari. Wanita itu kata, “awak kena bersenam”. Maka hari itu, Salleh mahu bersenam.

    Aplikasi kalendar dibuka. Dia mahu menyusun jadual dan menyelit aktiviti senaman pada waktu yang sesuai.

    Tetapi, apa waktu yang sesuai untuk bersenam?

    Senam pagi, pascadinihari

    Ramai cakap, kita elok bersenam pada waktu pagi. Ada benarnya. Menurut Healthline, memulakan hari dengan senaman boleh memberi lonjakan ego yang tinggi.

    Maknanya, anda rasa yakin dan suka dengan diri sendiri. Mana tidaknya, sebelum pukul 9 pagi, anda sudah berjaya buat benda yang orang lain mungkin tak mampu buat sepanjang hari.

    Senyum jadi lebar, dada jadi berkepak. Di pejabat, semua lawak menjadi. Segalanya sebab anda mulakan hari dengan endorfin merembes-rembes.

    Namun, lebih daripada itu, bersenam pagi juga bawa banyak manfaat kesihatan.

    •  Kawal selera makan

    Kajian yang diterbitkan Medicine and Science in Sports and Exercise menunjukkan, wanita – yang afdal berat badan dan tidak – kurang terganggu dengan gambar makanan sedap selepas berjalan cergas selama 45 minit.

    Maksudnya, apabila hari bermula dengan senaman, anda lebih mudah mengawal selera makan. 

    • Metabolisme tinggi

    Kajian sama mendapati, pada hari peserta bersenam pagi, aktiviti fizikal mereka sepanjang hari juga meningkat.

    Ini kerana, apabila bersenam pagi, metabolisme tubuh meningkat dan kalori dalam tubuh akan terus dibakar sepanjang berjaga.

    • Tidur berkualiti

    Satu lagi kajian menunjukkan, senaman pada pukul 7 pagi membantu kita mendapatkan tidur yang lebih berkualiti pada waktu malam.

    Kajian tersebut membandingkan kualiti tidur antara individu yang bersenam pada waktu pagi dengan petang.

    • Banyak lemak dibakar

    Bersenam dalam keadaan perut kosong membantu membakar lebih banyak lemak. Biasanya, kalau bersenam waktu pagi, kita memang belum makan apa-apa.

    Dengan perut kosong, kita boleh bakar 20 peratus lebih lemak berbanding bersenam selepas makan.

    Senam petang, pascarembang

    Tak semua orang selesa bangun awal setiap pagi. Manusia nokturnal sebegini juga berhak memilih masa yang sesuai untuk bersenam.

    Mungkin juga kerana tuntutan kerja dan keluarga. Awal pagi perlu hantar anak ke sekolah, kemudian perlu masuk pejabat. Waktu terbaik untuk bersenam adalah selepas habis waktu kerja pada sebelah petang atau malam.

    Jangan risau, bersenam pada waktu sebegitu juga ada manfaatnya.

    • Kemuncak prestasi tubuh

    Kajian dalam Scandinavian Journal of Medicine and Science in Sports mendapati, prestasi tubuh mencapai kemuncaknya pada waktu petang. 

    Antara pukul 2 hingga 6 petang, suhu tubuh berada pada tahap tertinggi. Ketika ini, fungsi dan kekuatan otot, aktiviti enzim dan ketahanan badan pada tahap terbaik.

    • Kinetik oksigen

    Pada waktu petang juga, kadar pengambilan oksigen (atau juga disebut kinetik pengambilan oksigen) lebih pantas. Ini bermakna, anda menggunakan sumber tenaga dengan lebih perlahan dan berkesan.

    • Degup jantung dan tekanan darah

    Satu lagi kelebihan bersenam pada waktu petang ialah kadar degup jantung dan tekanan darah yang lebih rendah. Ini mengurangkan kemungkinan untuk anda tercedera semasa bersenam.

    • Masa reaksi

    Jika anda melakukan senaman berintensiti tinggi, waktu petang adalah bersesuaian kerana tubuh kita mempunyai masa reaksi terpantas pada waktu tersebut.

    Masa reaksi merujuk kepada tempoh antara kehadiran sesuatu rangsangan dengan permulaan tindak balas terhadap rangsangan tersebut.

    Bersenam atau tak?

    Banyak maklumat yang Salleh terima tentang masa yang sesuai untuk bersenam. Dari pagi sampai ke malam dia membaca.

    Namun, dia masih buntu. Baik bersenam pagi, petang atau malam, semuanya ada kelebihan tersendiri.

    Dia perlu tahu, manfaat mana yang paling sesuai dengan dirinya – dengan jadual kerja, aktiviti harian dan tubuhnya. Itu yang membuatkan Salleh buntu.

    Dia harap wanita cantik macam bidadari semalam datang lagi dalam mimpinya, membantu dia membuat pilihan. 

    Selimut ditarik ke paras dada. Bantal ditepuk tiga kali sebelum dia membisik waktu mahu bangun tidur keesokannya.

    Salleh lena dengan persoalan yang tidak terjawab. Tapi wanita cantik itu tak datang sebab hari itu dia tidak bersenam. – RELEVAN

    Previous ArticleBerapa jauh ranggi Loloq boleh pergi?
    Next Article Kerajaan pertimbang lanjut insentif gaji progresif

    Artikel berkaitan

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026

    Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

    January 28, 2026
    Artikel Terkini

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.