Facebook Twitter
    Trending
    • Masa terbaik ganti puasa
    • AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini
    • 5 hobi menyeronokkan dan berfaedah
    • Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu
    • Bina tabiat ini sebelum mula bekerja
    • 4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres
    • Sumayyah binti Khayyat, wanita pertama syahid dalam Islam
    • Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres

      November 5, 2025

      Bahaya tidur selepas makan

      November 4, 2025

      Bahana bangun tidur lambat

      October 31, 2025

      5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

      October 29, 2025

      Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

      October 29, 2025
    • Kewangan

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025

      Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’

      October 28, 2025
    • Pendidikan

      Masa terbaik ganti puasa

      November 7, 2025

      AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini

      November 6, 2025

      5 hobi menyeronokkan dan berfaedah

      November 6, 2025

      Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu

      November 6, 2025

      Sumayyah binti Khayyat, wanita pertama syahid dalam Islam

      November 5, 2025
    • Kerjaya

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025

      Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

      October 16, 2025

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kewartawanan muzik: Kontang, mati atau kita saja yang sudah putus harap?

    Kewartawanan muzik: Kontang, mati atau kita saja yang sudah putus harap?

    By March 24, 20245 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SANGAT terukkah kewartawanan muzik di Malaysia? - GAMBAR KU SYAFIQ KU FOZI/RELEVAN

    BERCERITA tentang kewartawanan, saya ada pandangan yang agak pesimis. 

    Sebab kita boleh dengar pelbagai kritikan dan cemuhan daripada orang awam tentang keburukan dan kelemahan media tetapi apabila media menyajikan laporan berkualiti dan penting, jarang ia mendapat perhatian dan penghargaan.

    Jadi, dalam fikiran saya, kritikan terhadap media bukanlah sepenuhnya untuk lapangan kewartawanan negara ditambah baik, ia lebih kepada luahan kekecewaan masyarakat terhadap media yang, bagi mereka, sudah berpuluh tahun mengecewakan.

    Sebab itu usaha membawa pembaharuan dan kebaikan oleh media jarang diberi perhatian kerana masyarakat, secara amnya, sudah putus asa dengan media.

    Begitu juga halnya dengan kewartawanan muzik. Laporan-laporan bersifat hiburan dan hedonis seringkali dicemuh tetapi ulasan analitikal dan kritikal yang wujud di celah-celah kebanjiran kewartawanan hiburan itu tidakpun dihargai. Sebab masyarakat sudah putus asa.

    Lorong sunyi

    Namun, ini bukanlah alasan untuk kewartawanan muzik tidak diusahakan. Mengeluh sebab tiada sokongan masyarakat itu cengeng dan lemah; tak cocok dengan sifat seorang wartawan jati.

    Walau bagaimana sunyi lorong kewartawanan muzik, ia perlu diredah dan diusahakan, selagi wartawan dan agensi media percaya pada kepentingannya.

    Kita ada legasi kewartawanan muzik yang baik, bukan tak ada langsung. Karya muzik pernah diwartakan dengan serius baik melalui media perdana seperti surat khabar atau majalah-majalah niche yang sasar pasarnya pemuzik dan peminat muzik tegar.

    DARYL GOH (kiri) dan Seir Rashid menjadi panel dalam acara Majelis Buku SVARA Siri III: Pernah Ada Jurnalisme Muzik di Malaysia?. – GAMBAR KU SYAFIQ KU FOZI/RELEVAN

    Malah, kalau mahu dibentang dengan lebih luas lapangan kewartawanan muzik itu, legasi fanzine muzik Malaysia juga pernah meriah.

    Dalam tempoh terdekat ini, banyak portal yang mengulas karya muzik dengan serius sudah tertubuh. Antara yang boleh dipetik: Junklist, Noisy Headspace, Bawah Tanah Rasmi, Muzik Kita dan Awful Track Records.

    Junklist juga pernah menghasilkan lima edisi majalah muzik cetak, iaitu Junklist Digest. Ini belum dikira saluran-saluran video yang membahaskan karya muzik. Antara yang popular: Di Sebalik Lagu oleh Music Addicts Malaysia, Korek Fizikal oleh Thinker Studios dan Hubungan Rambang oleh Ad Samad.

    Cuma, ia tidak sepopular portal-portal gosip. Video wawancara dengan Roslan Aziz dan Zahid Ahmad tidak dapat capai jumlah tontonan sebanyak video pendek temu bual bersama artis popular selepas bercerai di mahkamah.

    Yang kurang

    Acara Majelis Buku SVARA Siri III: Pernah Ada Jurnalisme Muzik di Malaysia? membawa persoalan yang agak asas. Apabila kita masih berbahas tentang wujud tak wujud satu perkara, tandanya kita ketinggalan jauh dengan negara lain yang sudah berdebat tentang kualiti dan kecukupan.

    Nasib baik, persoalan dalam tajuk itu juga sudah dijawab sangat awal dalam acara tersebut, apabila pemudah cara atau “provokator budiman” (memetik Wan Hamidi Hamid), Hafiz Hamzah mengakui bahawa kewartawanan muzik di Malaysia memang wujud.

    Maka perbahasan tentang kecukupan boleh mengambil alih dan itu petanda yang baik.

    Cuma, saya kecewa apabila buku Jurnalisme Musik dan Selingkar Wilayahnya oleh Idhar Resmadi hanya menjadi perhiasan dalam perbincangan tersebut, sedangkan itu antara penarik utama saya hadir.

    Saya belum berkesempatan membaca buku tersebut tetapi sebagai persediaan, saya mengulang baca wawancara Idhar dalam blog sesi kopi pait tentang buku tersebut. Buku itu mengulas kewartawanan muzik di Indonesia tetapi berdasarkan wawancara itu, ada beberapa hal yang universal disebutkan.

    Antara yang saya harap ada dibincangkan ialah industri media yang lebih demokratik (kejatuhan ‘ikan besar’ yang kini perlu bersaing dengan bilis-bilis bertenaga), kandungan yang wajar dalam era digital dan pertembungan antara kuantiti dengan kualiti.

    Namun, tidaklah kepuasan acara itu menjunam kerana hal-hal tersebut tidak dibahaskan. Bagi saya, ia tetap memuaskan.

    Jurang generasi

    Kepuasan itu sebahagian besarnya kerana kehadiran watak-watak penting kewartawanan muzik Malaysia. Ada Joe Kidd (Blasting Concept, Ricecooker Archives), Wan Hamidi (The Rocket, The Star) serta dua panel, Seir Rashid (ROTTW, Tempatan Fest) dan Daryl Goh (The Star). 

    JOE KIDD (tengah) antara yang hadir pada malam itu. – GAMBAR KU SYAFIQ KU FOZI/RELEVAN

    Malah, ada juga generasi penulis muda yang hadir seperti Zim Ahmadi (Awful Track Record, Gedegang!), Zhafirin Zulkifli (Bawah Tanah Rasmi, Gedegang!) serta Farhira Farudin dan Lyka dari Noisy Head Space.

    Ini ditambah dengan para penggemar muzik serta kewartawanan yang hadir, menjadikan perbincangan pada malam itu hangat serta membara. Perlu dikredit juga seni provokasi Hafiz Hamzah yang berkesan.

    Perbincangannya agak mencapah tanpa ada kesimpulan akhir yang dapat dibuat, namun bukan semua perbincangan perlu berakhir dengan simpulan.

    Dinamik perbincangan agak terganggu kerana jurang generasi: generasi baharu tidak begitu fasih dengan situasi kewartawanan muzik terdahulu manakala generasi lama juga kurang kenal dengan situasi sekarang. Tetapi akhirnya masing-masing belajar sesuatu dan jurangnya dapat diperapat dengan perkongsian pandangan.

    Yakin dan percaya

    Kedai buku Riwayat menjadi saksi, pada malam 23 Mac 2024, sekumpulan manusia berbincang tentang letak duduk kewartawanan muzik di Malaysia, kepentingan serta masa hadapannya. 

    Saya yakin, semua yang hadir malam itu pulang dengan pengetahuan baharu dan persoalan-persoalan yang masih berbekas. Dan persoalan-persoalan itu tak perlu dijawab pada malam itu. Kita perlu pulang dan berpencar mencari jawapan sendiri.

    Sebagai seseorang yang mengusahakan kewartawanan muzik, ada beberapa kesimpulan peribadi yang dibuat. 

    Saya pulang dengan keyakinan, motivasi wartawan muzik tak perlu disandarkan pada kehendak pasaran atau masyarakat. Ketepikan dahulu sambutan, usahakan kewujudannya dengan baik dan cuba hebahkan penulisan sejauh mungkin.

    Saya juga pulang dengan kepercayaan, kewartawanan muzik Malaysia berpotensi mekar ketika ini kerana Malaysia ada penulis-penulis muda yang baik. Jika penulis-penulis semasa kekal konsisten, ombaknya akan meninggi juga nanti, menyapu pantai muzik sampai tak ada orang yang boleh mengendahkannya lagi.

    Dalam tajuk artikel ini, “kita” yang dimaksudkan ialah para penulis dan penggemar kewartawanan muzik. 

    Kalau masyarakat yang putus asa, ia bukan masalah yang besar. Tetapi jika penulis dan penggemar yang putus harap, ketika itulah kewartawanan muzik Malaysia akan mencium lahad kuburnya, mati tertanam menunggu kiamat. – RELEVAN

    featured kewartawanan muzik pendidikan

    Artikel berkaitan

    Masa terbaik ganti puasa

    November 7, 2025

    AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini

    November 6, 2025

    5 hobi menyeronokkan dan berfaedah

    November 6, 2025

    Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu

    November 6, 2025

    Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

    November 5, 2025

    4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres

    November 5, 2025
    Artikel Terkini

    Masa terbaik ganti puasa

    November 7, 2025

    AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini

    November 6, 2025

    5 hobi menyeronokkan dan berfaedah

    November 6, 2025

    Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu

    November 6, 2025

    Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

    November 5, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.