Facebook Twitter
    Trending
    • Naik turun tangga buat badan jadi langsing?
    • 10 individu paling kaya di dunia
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026
    • Kewangan

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tidak bermotivasi untuk bekerja? Cuba lakukan 7 perkara ini

    Tidak bermotivasi untuk bekerja? Cuba lakukan 7 perkara ini

    By Umi FatehahFebruary 20, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Tidak bermotivasi untuk bekerja? Cuba lakukan 7 perkara ini. - GAMBAR HIASAN GUSTAVO FRING/PEXELS

    ANDA tidak akan rasa seronok bekerja sepanjang masa, itu realiti kehidupan. Akan ada hari anda rasa seperti tidak bermotivasi, tertekan atau sudah tidak mahu bekerja lagi. 

    Perkara ini sangatlah normal kerana kita hanya seorang manusia, mempunyai kudrat terbatas dan emosi yang berubah-ubah.

    Namun, pada hari motivasi bekerja hilang, sangat mencabar untuk menyelesaikan tugasan harian. Ini boleh menimbulkan bimbang – mungkin rakan sekerja akan marah atau lebih teruk lagi, kita boleh dibuang kerja.

    Sebelum situasi ini semakin berlarutan, ikuti tujuh petua di bawah untuk meningkatkan motivasi agar tanggungjawab kerja dapat dilangsaikan.

    • Rehat

    Walaupun ada banyak kerja perlu diselesaikan, kita tetap perlu berehat dan menjaga kesejahteraan diri. Rehat juga akan membantu anda mengurangkan tekanan dan mencari tenaga untuk terus bekerja. 

    Anda boleh memanfaatkan rehat sepenuhnya dengan memakan snek, membaca sesuatu yang menarik atau berjalan-jalan di luar rumah. Amalan rehat seketika wajar dimasukkan dalam jadual kerja kerana ia mungkin menjadi kunci penyelesaian kepada masalah kekurangan motivasi.

    • Ubah persekitaran

    Jika anda bekerja di pejabat, rakan sekerja yang kurang produktif atau banyak cakap mungkin akan mengganggu fokus dan melemahkan semangat. Cuba duduk di sebelah rakan sekerja yang lebih fokus atau bekerja di ruang sunyi.

    Sekiranya anda bekerja dari rumah, sekali sekala cuba bekerja di kafe atau perpustakaan. Siapa tahu, dengan mengubah persekitaran akan membuat anda berasa lebih bersemangat untuk bekerja. 

    • Tetapkan matlamat

    Apabila matlamat yang jelas dan teknik pengurusan masa yang baik digabungkan, lebih mudah untuk anda mengekalkan motivasi dan bersemangat menyelesaikan tugasan.

    Walaupun kebanyakan tugas anda mempunyai matlamat dan tarikh akhir yang ditetapkan, cuba pecahkannya kepada bahagian lebih kecil agar setiap tugasan tersusun mengikut keperluan.

    1. Beri ganjaran kepada diri sendiri

    Menyelesaikan tanggungjawab kerja dalam keadaan tidak bermotivasi boleh menjadi sangat mencabar. Walaupun sebelum ini anda sudah mengelak atau berlengah kerana tidak ada ‘mood’ untuk menyiapkannya, tugasan itu masih perlu diselesaikan. 

    Jadi, aplikasikan sistem ganjaran sebagai insentif untuk raikan kejayaan. Beri ganjaran kepada diri sendiri setiap kali anda berjaya menyiapkan sesuatu.

    Anda boleh menetapkan ganjaran jangka pendek seperti membeli kopi kegemaran sebaik sahaja menyelesaikan tugas yang berat. Atau, lakukan insentif yang ketara seperti membeli hadiah seperti baju atau beg baharu untuk diri sendiri selepas mencapai matlamat tertentu. 

    1. Kasihankan diri sendiri

    Ketika kurang motivasi, kita cenderung rasa mahu tidur sepanjang hari dan tidak mahu melakukan apa-apa. Hampir semua orang mengalami keadaan yang sama dan menyebabkan produktiviti menurun. 

    Dengan produktiviti yang menurun, muncul pula serba salah terhadap rakan sekerja, majikan mahupun diri sendiri.

    Jadi, zahirkan rasa belas kasihan terhadap diri sendiri untuk membantu mengurangkan rasa serba salah. Daripada bersikap terlalu keras terhadap diri sendiri atau memaksa diri terus bekerja, berehatlah seketika dan muhasabah diri.

    Anda mungkin kembali dengan tenaga baru dan dapat mencari semula rasa semangat bekerja. Dalam tempoh anda berehat itu, lakukan apa-apa perkara yang boleh menggembirakan.

    1. Cuba kurangkan tekanan

    Tekanan akan menjejaskan semua sistem dalam badan serta boleh menyebabkan keletihan dan hilang fokus. Tekanan juga akan membuatkan anda sukar memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kerja.

    Jika tekanan adalah punca motivasi anda yang berkurangan, hadapi cabaran ini dengan berusaha ke arah penyelesaian.

    Cuba lakukan apa-apa yang boleh mengurangkan tekanan seperti mendengar lagu, bersiar-siar, minum kopi atau lelapkan mata sebentar.

    1. Cari perkara yang boleh meningkatkan motivasi

    Motivasi di tempat kerja datang dari pelbagai sumber, sama ada motivasi dalaman yang dirasai selepas melakukan kerja yang membanggakan atau motivasi luaran seperti memperoleh gaji yang stabil. 

    Berikut ialah beberapa faktor yang mungkin dapat meningkatkan motivasi;

    • Menerima penghargaan untuk hasil kerja yang baik
    • Memperoleh gaji yang setimpal dengan beban kerja
    • Mendapat bonus atau kenaikan pangkat
    • Menghitung hari sebelum bercuti

    – RELEVAN

     

    Previous ArticleCelik kewangan di usia muda, urus gaji pertama dengan 5 tip ini
    Next Article 5 soalan kewangan yang harus dijawab sebelum berkahwin

    Artikel berkaitan

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026
    Artikel Terkini

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.