Facebook Twitter
    Trending
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tidak puas hati dengan kerja? Cuba 7 tip ini untuk kembali bersemangat

    Tidak puas hati dengan kerja? Cuba 7 tip ini untuk kembali bersemangat

    By Umi FatehahFebruary 1, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Elak jadi mangsa penipuan tawaran kerja dengan panduan ini - GAMBAR HIASAN RESUME GENIUS/UNSPLASH

    ANDA sukakan kerja dan syarikat yang sedang berkhidmat. Bos tidak toksik, persekitaran kerja pula produktif, jadi tidak ada sebab untuk anda meninggalkan syarikat ini. Namun, anda mempunyai rasa tidak berpuas hati dan tidak gembira tentang pekerjaan ini dan ada kalanya berlarutan. 

    Mungkin anda berasa seperti perlu sentiasa berjaga-jaga atau pekerjaan semasa ini tidak mempunyai keseimbangan antara kehidupan dan kerja? Walau apa pun alasannya, pertimbangkan sekiranya ada potensi untuk meningkatkan kepuasan dan buang segala perasaan tidak berpuas hati terhadap pekerjaan semasa. 

    Jika anda tidak berpuas hati dan tidak gembira tentang kerja, perbincangan bersama bos dan pengurus merupakan penyelesaian yang terbaik. Ia mungkin akan mengubah dan membantu anda mencari keseronokan serta kepuasan dalam pekerjaan.

    Sekiranya anda mempunyai perancangan untuk berjumpa dengan bos dan luahkan perasaan, berikut ialah cara untuk melakukannya.

    1. Fahami isu yang dialami

    Langkah pertama yang perlu anda ambil ialah menyatakan segala apa yang anda rasa dan fikir dalam bentuk penulisan. Kenal pasti isu berkaitan dengan pekerjaan anda yang betul-betul menimbulkan rasa tidak puas hati.

    Melalui cara ini, anda boleh mengenal pasti isu sebenar dengan lebih mudah. Ia juga boleh menjadi platform untuk melepaskan sebarang perasaan negatif yang mungkin dirasai sebelum bercakap dengan bos secara bersemuka.

    1. Sediakan apa yang akan dibentangkan

    Seterusnya, anda harus menyediakan apa yang anda akan katakan. Setiap perkara yang anda akan sebutkan, sediakan juga idea untuk penambahbaikan dan penyelesaian..

    Jika boleh, cari cara cadangan anda dapat meningkatkan produktiviti atau semangat untuk seluruh tenaga kerja atau sekurang-kurangnya jabatan anda. Bos anda akan lebih menerima dan mengambil berat tentang aduan dan tidak keberatan untuk menawarkan penyelesaian untuk kebaikan pekerja.

    Contohnya, anda kurang berpuas hati tentang perlu bekerja di pejabat setiap hari. Keadaan trafik, kos petrol dan tol membuatkan anda hilang semangat untuk pergi ke pejabat dengan aura positif. Jadi, cuba cadangkan model kerja secara hibrid iaitu hanya masuk ke pejabat pada hari tertentu dan selebihnya bekerja di rumah.

    1. Jadualkan perjumpaan bersama bos

    Jadualkan perjumpaan atau mesyuarat dengan pengurus anda beberapa hari awal agar mereka dapat melapangkan masa.

    Ketika berurusan untuk menjadualkan mesyuarat, beritahu mereka bahawa anda ingin membincangkan beberapa idea berkaitan meningkatkan semangat pekerja dan akan mendorong kepada keuntungan syarikat. 

    Ini akan membantu mereka hadir ke mesyuarat dengan fikiran terbuka dan akan meningkatkan kemungkinan cadangan anda diterima.

    1. Pantau bahasa badan

    Untuk memastikan mesyuarat kekal positif dari awal hingga akhir, penting untuk anda memantau dan mengawal bahasa badan. Pada akhir mesyuarat, jabat tangan pengurus dan beritahu mereka bahawa anda menghargai kesudian meluangkan masa untuk perjumpaan ini.

    Tegaskan bahawa anda yakin bahawa anda akan turut melakukan yang terbaik untuk membuat perubahan yang akan meningkatkan persekitaran kerja demi semua pekerja di jabatan anda.

    1. Terangkan apa yang membuatkan anda tidak berpuas hati

    Nyatakan kebimbangan anda dengan sikap positif. Semasa anda memberitahu bos tentang isu yang anda tidak berpuas hati, lakukannya dengan rasa hormat dan profesional.

    Elakkan menyalahkan bos atau mana-mana individu dalam syarikat. Sebaliknya, terangkan dengan tenang tentang perasaan dan mengapa anda tidak begitu teruja dengan kerja sejak belakangan ini.

    Pastikan perbualan ini dilakukan secara positif dan kurangkan tumpuan pada perkara tidak berpuas hati dan tumpukan lebih kepada idea dan usaha untuk mencari keseronokan bekerja semula.

    Bos mungkin akan menghargai komitmen anda untuk mencari kepuasan dan keseronokan dalam kerja dan mungkin mempunyai cadangan untuk perkara yang boleh membantu meningkatkan motivasi.

    1. Bentangkan idea penyelesaian

    Imbangkan sebarang perkara negatif dengan membentangkan senarai penyelesaian. Ini akan menunjukkan kepada bos bahawa anda telah memikirkan masalah ini dan ingin mencari jalan untuk menyelesaikannya. 

    Ia menunjukkan anda seorang yang suka menyelesaikan masalah dan bertanggungjawab terhadap kerjaya. 

    Tetapi, sekiranya anda tidak mempunyai idea penyelesaian, jangan risau. Gunakan mesyuarat itu sebagai peluang untuk meminta cadangan daripada bos. Pandangan daripada bos akan menjadi sangat berguna lebih-lebih lagi sekiranya masalah yang dihadapi itu melibatkan rakan sekerja yang lain.

    1. Berdamai dengan diri sendiri dan masalah yang dihadapi

    Jika anda dapat mengenal pasti penyelesaian, maka sudah tiba masanya untuk mula lakukan perubahan. Bergantung kepada idea yang diusulkan semasa mesyuarat, anda mungkin perlu melakukan lebih banyak perancangan. Hal ini perlu dilakukan terutamanya jika bos mengesyorkan idea baharu selain yang anda cadangkan.

    Jika perubahan ketara diperlukan, mesyuarat selanjutnya mungkin diperlukan bagi merealisasikan idea tersebut. 

    Jika perjumpaan dengan bos tidak menghasilkan apa-apa penyelesaian atau perubahan, maka anda mungkin ingin mempertimbangkan sama ada sudah tiba masanya untuk mencari peluang di tempat lain dan berhenti kerja. – RELEVAN

    berhenti kerja bos featured kerjaya pengurus syarikat tak puas hati
    Artikel Terkini

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.