Facebook Twitter
    Trending
    • Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 
    • Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?
    • Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya
    • 7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya
    • 5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    • Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

      March 14, 2026

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 

      March 17, 2026

      Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

      March 16, 2026

      7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

      March 13, 2026

      5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

      March 12, 2026

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 langkah untuk perkembangan kerjaya

    5 langkah untuk perkembangan kerjaya

    By Umi FatehahJanuary 11, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 langkah untuk perkembangan kerjaya. - GAMBAR HIASAN JASON GOODMAN/UNSPLASH

    PERKEMBANGAN kerjaya merupakan proses yang berlanjutan sepanjang kita hidup sebagai pekerja. Setiap tiga tahun ke bawah, seeloknya kita rangka perancangan untuk mengembangkan pembangunan kerjaya.

    Pembangunan kerjaya akan berkembang apabila anda mula mencipta matlamat yang jelas dan realistik yang menggalakkan kemajuan dalam profesion pilihan. Ia melibatkan mendidik diri sendiri secara berterusan dan mempelajari lebih lanjut tentang laluan yang berpotensi untuk meningkatkan kerjaya anda. 

    Memahami cara pembangunan kerjaya berfungsi dan perkara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kerjaya boleh memberi manfaat besar kepada kerjaya tanpa mengira bidang. 

    Berikut, kami kongsikan lima petua untuk meningkatkan perkembangan kerjaya.

    1. Teroka minat yang pelbagai

    Proses menerokai minat ini boleh dilakukan pada mana-mana peringkat umur. Kebiasaannya, pada peringkat kanak-kanak lagi ibu bapa sudah galakkan untuk teroka apa yang kita suka lakukan. Tetapi, walaupun sudah mencapai umur 20 atau 30-an, anda masih belum terlambat untuk kenal pasti minat dalam diri.

    Anda boleh imbas semula hobi atau kelas kegemaran pada zaman kanak-kanak di sekolah dan memikirkan minat yang masih kekal ada sehingga hari ini. 

    Sekiranya anda tidak tahu apa yang diminati, sertai pelbagai kelas peningkatan kemahiran. Siapa tahu, anda mempunyai minat terpendam yang tidak pernah diketahui sebelum ini. Dengan cara ini, anda boleh pertimbangkan pekerjaan lain. 

    1. Kenal pasti kerjaya idaman

    Mencari bidang atau jawatan kerjaya yang menjadi idaman merupakan asas kepada pelan pembangunan kerjaya. Matlamat yang anda tetapkan untuk memajukan kerjaya juga bergantung kepada semangat dan nilai. Untuk itu, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan.

    • Senaraikan kekuatan

    Buat senarai apakah kemahiran dan minat yang menjadi nilai kekuatan pada diri. Kemudian, fikirkan apa-apa kerjaya yang bersesuaian dengan minat dan kemahiran itu. Contohnya, sekiranya anda pandai dan minat menyelesaikan konflik serta menghadapi situasi tertekan dengan baik, pertimbangkan untuk menjadi pegawai polis.

    • Tentukan nilai dan tujuan

    Anda harus memilih pekerjaan yang selaras dengan nilai dan tujuan dalam hidup. Mencari tujuan dalam kerja anda akan meningkatkan kepuasan ketika bekerja dan mendorong untuk memajukan kerjaya agar lebih berkembang dan stabil.

    • Visualisasikan kerjaya ideal

    Visualisasi kerjaya ideal boleh membantu anda membangunkan pelan pembangunan kerjaya yang berkesan. Untuk berbuat demikian, pertimbangkan persekitaran pekerjaan ideal anda, keseimbangan kerja-kehidupan peribadi, gaji dan faktor lain yang penting.

    1. Tetapkan matlamat

    Menetapkan matlamat kerjaya tertentu boleh memberi gambaran nyata apa yang perlu diusahakan sambil anda meningkatkan perkembangan kerjaya. Untuk memudahkan menetapkan matlamat, amalkan SMART iaitu:

    • Specific (Khusus) – Matlamat khusus memfokuskan pada hasil yang jelas.
    • Measurable (Boleh diukur) – Matlamat boleh diukur yang dimaksudkan ialah pencapaian yang boleh direkodkan untuk mengenal pasti kemajuan yang dicapai.
    • Achievable (Boleh dicapai) – Matlamat yang boleh dicapai dengan realistik, bersesuaian dengan masa dan sumber yang ada.
    • Relevant (Relevan) – Matlamat yang sejajar dengan trajektori kerjaya dan pembangunan anda.
    • Time-based (Berasaskan masa) – Matlamat berasaskan masa termasuk garis masa atau tarikh akhir sebagai panduan untuk mencapai matlamat
    1. Belajar kemahiran baharu

    Memperoleh kemahiran baharu dan yang berkaitan dengan kerjaya boleh membantu anda maju ke arah matlamat kerjaya. Antara kemahiran yang boleh dipelajari ialah kemahiran berfikir secara kritis, emotional intelligence (kecerdasan emosi) dan kerja berpasukan.

    1. Berguru dengan mentor

    Mentor ialah penasihat yang menawarkan bimbingan profesional. Anda boleh memilih dan mencari mentor atau mungkin salah satu daripada yang berikut:

    • Pengurus semasa atau terdahulu
    • Ahli rangkaian profesional 
    • Rakan sekerja yang lebih berpengalaman

    Seorang mentor berpengalaman akan memberikan anda perspektif yang dipercayai dan boleh membantu anda menentukan matlamat kerjaya. Pertimbangkan untuk bertemu dengan mentor anda setiap minggu atau secara bulanan untuk berkongsi pencapaian dan mengekalkan motivasi. – RELEVAN

    Previous ArticleBaik buruk melompat kerja
    Next Article Bina tabiat membaca dengan enam langkah

    Artikel berkaitan

    Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 

    March 17, 2026

    Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

    March 16, 2026

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026
    Artikel Terkini

    Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 

    March 17, 2026

    Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

    March 16, 2026

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.