Facebook Twitter
    Trending
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    • Padah lambat makan
    • Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026

      Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

      January 26, 2026
    • Kewangan

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pakar bentang kertas putih hentikan rabies di Asia Tenggara  

    Pakar bentang kertas putih hentikan rabies di Asia Tenggara  

    By Zubaidah IbrahimNovember 6, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KERTAS putih ini meneroka strategi untuk mencapai matlamat strategik global Zero by 30 untuk mengakhiri kematian manusia akibat rabies yang disebabkan oleh anjing menjelang tahun 2030.

    BOEHRINGER Ingelheim mengeluarkan kertas putih bertajuk ‘Moving towards a rabies-free Southeast Asia’ (Menuju Asia Tenggara Bebas Rabies) pada Federation of Asian Veterinary Association (FAVA) Congress 2023 baru-baru ini.

    Ia dirangka dengan kerjasama Eco-Business iaitu sebuah pertubuhan media dan kecerdasan perniagaan terbesar di Asia Tenggara yang komited pada pembangunan mampan dan prestasi alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

    Zero by 30

    Kertas putih ini menyoroti cabaran khusus negara serta penyelesaian pakar untuk melaksanakan pendekatan One Health (Satu Kesihatan) dalam mencegah dan membanteras rabies di Asia Tenggara dengan fokus khas pada Malaysia, Vietnam, Filipina, Indonesia dan Thailand.

    Kertas putih ini meneroka strategi untuk mencapai matlamat strategik global Zero by 30 untuk mengakhiri kematian manusia akibat rabies yang disebabkan oleh anjing menjelang tahun 2030.

    ARTIKEL BERKAITAN: Ambil tahu haiwan penyebar rabies, simptom dan pencegahan

    Walaupun berbagai usaha telah dilakukan untuk menangani rabies, Asia Tenggara tetap menjadi pusat penyebaran rabies dengan jutaan penduduk berisiko kepada pendedahan rabies. 

    Keadaan tersebut mengakibatkan rantau ini vektor utama rabies dengan peningkatan di kawasan yang sebelumnya tidak pernah melaporkan kejadian rabies, termasuk Malaysia. 

    Antara faktor yang meningkatkan penyebaran jangkitan rabies termasuklah:

    • Bilangan besar anjing yang bebas berkeliaran dan tidak divaksin
    • Kadar vaksinasi yang rendah pada haiwan peliharaan dan liar
    • Kurangnya sumber dan akses kepada vaksin haiwan
    • Penularan rabies rentas sempadan

    STOP Rabies

    Kertas putih ini bersama pertemuan pihak berkepentingan yang sealiran pemikirannya di Kongres FAVA telah menyokong usaha berterusan program STOP Rabies yang dilancarkan oleh Boehringer Ingelheim. 

    Kerumitan kawalan rabies yang dibincangkan pada sesi panel di kongres juga mengesahkan keperluan kerjasama merentasi sektor dan sempadan untuk membantu wilayah ini maju ke hadapan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Elak cium haiwan peliharaan, ada risiko dijangkiti penyakit bawaan haiwan

    Di Malaysia, cadangan utama termasuk memperkukuhkan kerjasama rentas sempadan, peningkatan pengurusan haiwan liar, dan penggalakkan pemilikan

    Menurut Ketua Kesihatan Haiwan Boehringer Ingelheim Malaysia, Singapura, Indonesia, Dr Kam Kok Yen, rabies boleh dicegah sepenuhnya melalui program holistik yang memberi tumpuan kepada vaksinasi anjing, pendidikan dan pengawasan. 

    “Dengan memahami landskap rabies di rantau ini, kami meneruskan pendekatan koloboratif, melibatkan kerajaan, organisasi bukan kerajaan, veterinar, pemilik haiwan peliharaan serta masyarakat umum untuk mendorong kemajuan ke arah Asia Tenggara.

    “Kami juga mahu meningkatkan kesihatan manusia dan haiwan,” katanya.

    Sementara itu, Ketua Fakulti Perubatan Veterinar Jabatan Patologi dan Mikrobiologi Veterinar, Universiti Putra Malaysia, Dr. Farina Mustaffa Kamal berkata, sudah sekian lama rabies dianggap hanya sebagai masalah haiwan dan ini membawa kepada strategi terasing yang melibatkan kawalan populasi anjing dan program vaksinasi: suatu pendekatan simptomatik yang mungkin kurang berkesan. 

    Pencegahan dan pengurusan rabies

    “Kini tiba masanya kita menerapkan pendekatan bersepadu dengan menggunakan kekuatan dari pelbagai pihak untuk menyelaraskan usaha kita. 

    “Melabur dalam kawalan rabies untuk mengukuhkan sistem penjagaan kesihatan kita, meningkatkan akses kepada rawatan serta menyumbang kepada pembangunan yang berterusan.

    “Selain itu, data daripada kerjasama antara bidang amat berfaedah demi memastikan perancangan masa depan disandarkan pada bukti dan pengalaman,” katanya.

    Berdasarkan pengalaman lebih 30 tahun dalam pencegahan dan pengurusan rabies, program STOP Rabies Boehringer Ingelheim memperkukuhkan misinya untuk meningkatkan kesihatan haiwan dan manusia. 

    Dengan menyumbang kepakaran dan warisannya kepada usaha pembanterasan rabies yang sedang berjalan di Asia Tenggara dan di serata dunia, Boehringer terus memperjuangkan usaha muafakat yang berterusan untuk mencapai kemajuan bermakna dalam membasmi rabies.

    Pada tahun ini sahaja, Boehringer Ingelheim di Malaysia telah bekerjasama dengan kerajaan tempatan, pihak berkuasa kesihatan dan pertubuhan bukan kerajaan untuk memacu program STOP Rabies.

    Program ini menyediakan vaksinasi untuk 450 ekor anjing dan kucing serta mendidik 350 pelajar dari pelbagai sekolah di sekitar Serian, Sarawak mengenai rabies dan pencegahan gigitan anjing.- RELEVAN

    Previous ArticleTak tahu jenis kulit? Ini cara untuk kenal pasti
    Next Article 6 cara yang betul untuk menyingkirkan blackheads di muka

    Artikel berkaitan

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026

    Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

    January 28, 2026
    Artikel Terkini

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.