Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 tip capai keseronokan bekerja, prestasi meningkat

    7 tip capai keseronokan bekerja, prestasi meningkat

    By September 1, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    RASA tertekan dan tidak bersemangat untuk bekerja merupakan fenomena biasa bagi mereka yang bergelar pekerja. Tugasan yang bertambah dan tekanan yang datang daripada pelbagai sudut membuat pekerja hilang keseronokan.

    Suasana negatif ini sedikit demi sedikit akan menghakis semangat pekerja dan prestasi semakin merudum sehingga ada yang merasakan berhenti kerja adalah jalan terbaik.

    Jika anda sedang alami perkara tersebut. 7 tip ini penting untuk diamalkan supaya anda kembali bersemangat dan seronok bekerja.

    1. Kita yang menentukan kebahagiaan sendiri

    Anda mempunyai pilihan sama ada mahu terus bersedih atau melakukan kerja dengan baik meskipun menghadapi pelbagai cabaran di tempat kerja.

    Walau apapun yang terjadi baik dalam kehidupan peribadi atau tempat kerja. Kebahagiaan itu bergantung kepada diri kita sendiri dan bukannya orang lain.

    Ingatkan diri anda tentang perkara ini jika berasa buntu, murung dan sedih.

    ARTIKEL BERKAITAN: Apa nak buat bila kerja tak habis-habis?

    1. Berhenti bandingkan diri dengan orang lain

    Apabila anda berasa gembira dengan sesuatu yang telah anda lakukan, jangan benarkan pendapat atau pencapaian sesiapa meragutnya.

    Walaupun mustahil untuk mematikan reaksi anda terhadap pendapat orang lain, tetapi anda tidak perlu membandingkan diri dengan orang lain.

    Sebaliknya, jadikan pendapat orang lain itu sebagai pembakar semangat untuk menjadi lebih baik. Dengan cara ini nilai diri anda tidak akan terjejas.

    1. Beri hadiah kepada diri

    Banyak kajian yang membuktikan bahawa memberi ganjaran atau hadiah kepada diri akan menjadikan kita lebih bersemangat dan seronok meskipun hadiah kecil.

    Keseronokan ini membuatkan kita lebih produktif dan melakukan kerja dengan baik. Ganjaran mengaktifkan laluan keseronokan dalam otak anda.

    1. Bersenam pada hari bekerja

    Menggerakkan badan anda selama 10 minit melepaskan Gamma-aminobutyric acid (GABA) iaitu neurotransmiter yang menenangkan dan juga mengehadkan impulsif.

    Kajian Universiti Bristol menunjukkan bahawa orang yang bersenam pada hari bekerja dilaporkan mempunyai pengurusan masa lebih baik begitu juga mood dan prestasi.

    Senaman menawarkan banyak faedah kesihatan mental dan fizikal yang tidak boleh disangkal.

    ARTIKEL BERKAITAN: Kepentingan tidur sewaktu kerja

    1. Kawal emosi dengan bijak

    Orang yang bijak mengawal emosi tahu betapa pentingnya untuk hidup dan berjuang pada hari esoknya.

    Dalam menghadapi konflik, emosi yang tidak terkawal membuatkan anda bergelut dan terjerumus dalam pertempuran yang merosakkan anda. Apabila bertindak balas terhadap emosi, anda perlu memilih pertempuran dengan bijak dan bertindak apabila tiba masanya.

    1. Banyakkan senyuman dan ketawa

    Satu kajian di Universiti Mannheim di Jerman menunjukkan bahawa kita sebenarnya boleh memanipulasi emosi dengan mengubah ekspresi muka kita.

    Satu kumpulan peserta memegang pen di mulut mereka secara mendatar yang memaksa senyuman. Apabila diminta menilai betapa lucunya kartun, para peserta yang memegang pen di mulut mendapati kartun itu lebih kelakar berbeza dengan peserta tanpa pen.

    Jika anda mendapati diri anda berada dalam lingkaran negatif di tempat kerja, cuba senyum atau tonton video lucu. Rangsangan mood ini boleh mengubah hari anda.

    1. Percaya yang terbaik pasti akan datang

    Jangan hanya memberitahu diri sendiri bahawa yang terbaik akan datang, tetapi anda perlu percaya.

    Mempunyai pandangan yang positif dan optimistik pada masa hadapan bukan sahaja menjadikan anda lebih Bahagia. Ia ia juga meningkatkan prestasi kerja anda.- RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.