Facebook Twitter
    Trending
    • Padah lambat makan
    • Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 
    • 8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026
    • Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari
    • Tanda kolesterol tinggi pada wajah
    • Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026

      Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

      January 26, 2026

      Tanda kolesterol tinggi pada wajah

      January 23, 2026

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Makanan yang perlu diambil dan dielakkan untuk penghidap PCOS

    Makanan yang perlu diambil dan dielakkan untuk penghidap PCOS

    By Umi FatehahAugust 17, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MAKANAN yang perlu diambil dan dielakkan untuk penghidap PCOS. - GAMBAR HIASAN SHELLY PAULS/UNSPLASH

    SINDROM ovari polikistik (PCOS) biasanya dicirikan oleh kitaran haid yang tidak teratur atau ketidakhadiran haid.

    Orang yang mempunyai PCOS biasanya mempunyai banyak ketumbuhan cysts dalam ovari mereka disebabkan oleh pengeluaran hormon yang berlebihan yang dipanggil androgen.

    Penghidap PCOS selalunya mempunyai paras insulin yang lebih tinggi daripada biasa. Insulin adalah hormon yang dihasilkan dalam pankreas. Ia membantu sel-sel dalam badan menukar gula glukosa kepada tenaga.

    Jika mereka tidak menghasilkan insulin yang mencukupi, paras gula dalam darah berpotensi untuk meningkat. Ini juga boleh berlaku jika penghidap mempunyai rintangan insulin, bermakna anda tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan dengan berkesan. 

    Oleh itu, penting untuk wanita yang menghidap PCOS menjaga pemakanan mereka. Kebanyakan penghidap PCOS mendapati mereka dapat mengurangkan risiko masalah kesihatan yang lain dengan melakukan perubahan pada diet dan gaya hidup.

    Makanan yang perlu diambil

    • Makanan tinggi kandungan serat

    Makanan mempunyai kandungan serat yang tinggi boleh membantu melawan masalah rintangan insulin dengan melambatkan penghadaman dan mengurangkan kesan gula pada darah. 

    Antara makanan yang sesuai ialah brokoli, kubis bunga (cauliflower), kekacang seperti almond dan pelbagai jenis buah beri.

    • Protein tanpa lemak

    Protein tanpa lemak (lean protein) merupakan pilihan makanan yang sangat mengenyangkan dan berkhasiat untuk penghidap PCOS.

    Antara protein tanpa lemak yang boleh diambil ialah tauhu, tomato atau ikan yang mengandungi asid lemak omega-3 seperti salmon dan sardin. Namun, pastikan anda tidak memakan sardin dalam tin kerana ia merupakan makanan yang sudah diproses dan mempunyai kandungan sodium yang tinggi.

    Makanan yang perlu dielakkan

    Penghidap PCOS dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan minuman seperti soda dan jus yang mengandungi gula yang tinggi. 

    Gula adalah salah satu komponen dalam karbohidrat dan harus dihadkan dalam diet PCOS. Sekiranya anda di pasar raya dan mahu membeli stok makanan, perhatikan kandungan gula pada label. 

    Gula juga dilabel dengan pelbagai nama yang lain seperti sukrosa (sucrose), sirap jagung fruktosa tinggi (high fructose corn syrup) dan dekstrosa (dextrose).

    Dalam piramid makanan, manusia disyorkan untuk mengambil karbohidrat. Tetapi, penghidap PCOS perlu mengelakkan daripada mengambil makanan karbohidrat yang dtapis (refined carbohydrates) kerana ia menyebabkan keradangan dan berpotensi untuk memburukkan lagi masalah rintangan insulin.

    Antara makanan yang mengandungi karbohidrat yang ditapis ialah roti putih atau apa-apa sahaja makanan yang dihasilkan daripada tepung putih. Sebaiknya, cari alternatif lain seperti roti mil penuh (wholemeal bread).

    Walau bagaimanapun, sebelum memutuskan untuk mengecualikan beberapa jenis makanan daripada diet anda, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. 

    Kebiasaannya selepas anda didiagnosis mempunyai PCOS, doktor akan mengesyorkan pelan makanan yang lebih bersesuaian dengan keperluan badan masing-masing. – RELEVAN

    Previous ArticlePertandingan rakam gambar untuk suarakan hak kanak-kanak
    Next Article 604 pelajar diploma jadi keluarga baharu UPSI

    Artikel berkaitan

    Padah lambat makan

    January 27, 2026

    Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

    January 27, 2026

    8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

    January 26, 2026

    Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

    January 26, 2026

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026
    Artikel Terkini

    Padah lambat makan

    January 27, 2026

    Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

    January 27, 2026

    8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

    January 26, 2026

    Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

    January 26, 2026

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.