Facebook Twitter
    Trending
    • Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar
    • Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini
    • 10 bandar paling ramai penduduk di dunia
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah
    • Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu
    • 6 teknik ini mungkin membantu anda jadi lebih kurus
    • 10 barang wajib yang perlu ada dalam beg kit banjir
    • Betulkan semula kitaran tidur dengan cara ini
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025

      6 teknik ini mungkin membantu anda jadi lebih kurus

      November 26, 2025

      Betulkan semula kitaran tidur dengan cara ini

      November 25, 2025

      Kebaikan apple cider vinegar untuk kesihatan

      November 24, 2025

      Red flag awal serangan jantung

      November 21, 2025
    • Kewangan

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025
    • Pendidikan

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025

      10 barang wajib yang perlu ada dalam beg kit banjir

      November 25, 2025

      Kenali siren banjir

      November 24, 2025
    • Kerjaya

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 peringatan kepada semua pengundi untuk PRN

    5 peringatan kepada semua pengundi untuk PRN

    By Umi FatehahAugust 11, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    MENJELANG hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) esok, ramai yang sudah mula bertolak balik ke pusat mengundi masing-masing. PRN kali ini hanya melibatkan enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu. 

    Jadi, buat para pengundi yang bakal turun padang untuk menjalankan tanggungjawab kepada negara, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian.

    1. Masa keluar mengundi

    Pengundi dinasihatkan untuk keluar mengundi mengikut masa keluar mengundi yang digalakkan. Untuk mengetahui masa keluar mengundi yang digalakkan, log masuk ke laman web mysprsemak dengan mengisi kad pengenalan serta kod Captcha. 

    Anda akan melihat paparan maklumat peribadi pemilih, maklumat pengundian dan daftar pemilih yang telah disahkan. Lihat bahagian maklumat pengundian untuk mengetahui masa keluar mengundi yang digalakkan.

    Walaubagaimanapun, pengundi masih boleh keluar mengundi mengikut kelapangan masa bermula jam 8 pagi hingga jam 6 petang atau mengikut pusat mengundi yang diwartakan. Pengundi juga tidak dinasihatkan untuk keluar mengundi pada saat-saat akhir.

    1. Bawa dokumen penting

    Pengundi diingatkan supaya membawa dokumen penting seperti kad pengenalan dan catatan maklumat pengundian. Anda perlu menunjukkan kad pengenalan dan catatan maklumat pengundian kepada Kerani Pengundian Pertama (KP1) untuk semakan.

    Oleh itu, anda dinasihatkan untuk membuat semakan awal maklumat pengundian untuk mengetahui pusat dan saluran mengundi serta nombor bilangan di mysprsemak.

    Sebagai peringatan, jangan sesekali menyerahkan kad pengenalan anda kepada orang lain selain daripada petugas pilihan raya.

    ARTIKEL BERKAITAN: 10 langkah pengundian untuk PRN di 6 negeri

    1. Larangan menggunakan telefon bimbit

    SPR memaklumkan kepada semua pengundi agar dilarang menggunakan telefon bimbit di tempat mengundi. 

    SPR turut menetapkan bahawa pengundi yang membawa telefon bimbit ke tempat mengundi perlu meletakkan telefon bimbit di tempat yang telah disediakan selepas penerimaan kertas undi. Selesai sahaja proses mengundi, anda dibenarkan untuk mengambil semula telefon bimbit masing-masing.

    1. Pengundi positif Covid-19

    SPR menyarankan pengundi yang juga merupakan pesakit Covid-19 untuk berhubung terus dengan Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) untuk mendapatkan maklumat lanjut dan tindakan sewajarnya bagi memudahkan urusan pengundian.

    1. Etika pemakaian

    Semua pengundi, calon dan petugas dilarang sama sekali memakai baju, topi, pelitup muka atau membawa apa-apa material yang melambang mana-mana parti atau calon ke tempat mengundi. 

    Mana-mana pengundi yang gagal mematuhi peruntukan yang sudah ditetapkan oleh SPR akan dihalang memasuki pusat mengundi oleh petugas.

    SPR juga berharap agar semua pihak mematuhi undang-undang, peraturan dan etika pilihan raya bagi memastikan proses pengundian berjalan dengan lancar. Sebarang pelanggaran undang-undang atau gangguan boleh dikenakan tindakan. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

    November 28, 2025

    Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

    November 28, 2025

    10 bandar paling ramai penduduk di dunia

    November 27, 2025

    10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

    November 27, 2025

    Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

    November 26, 2025

    6 teknik ini mungkin membantu anda jadi lebih kurus

    November 26, 2025
    Artikel Terkini

    Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

    November 28, 2025

    Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

    November 28, 2025

    10 bandar paling ramai penduduk di dunia

    November 27, 2025

    10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

    November 27, 2025

    Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

    November 26, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.