Facebook Twitter
    Trending
    • e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti
    • Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri
    • ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk
    • Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan
    • Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori
    • Pantang larang ketika senggugut
    • 5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira
    • Cara mengelak menangis ketika memotong bawang
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025

      Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

      December 8, 2025
    • Kewangan

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025
    • Pendidikan

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025
    • Kerjaya

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 perasaan yang biasa dihadapi pekerja baharu

    5 perasaan yang biasa dihadapi pekerja baharu

    By Umi FatehahJuly 3, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    ADAKAH anda seorang graduan baharu yang bakal melangkah ke alam pekerjaan? Pasti anda teruja dan pada masa yang sama, takut. 

    Sebelum ini anda hanya mesra dengan persekitaran universiti. Meskipun sudah melalui latihan industri atau praktikal, anda masih seorang pelajar. Kini, anda sudah benar-benar menjadi dewasa. 

    Kebiasaannya, perasaan gementar, bimbang dan sebagainya dapat dirasakan beberapa hari sebelum anda melapor diri. Namun, perlu ingat bahawa anda tidak keseorangan.  

    Relevan senaraikan beberapa perasaan yang mungkin dihadapi ketika hari pertama bekerja seperti perkongsian di Recruiters. Ingat, bukan anda seorang sahaja yang mengalami perasaan ini, ia normal.

    Kebimbangan

    Perasaan gementar sebelum hari pertama bekerja adalah perkara biasa dan sudah dijangka. Tetapi tahukah anda apa lagi yang benar-benar normal? Masih berasa gementar untuk masuk pada hari kedua, ketiga dan mungkin untuk beberapa minggu pertama. 

    Anda mungkin akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri, tetapi perasaan ini akan hilang juga nanti.

    Kebimbangan juga hadir dengan fikiran melampau (overthinking). Ini juga perkara biasa kerana kita mempunyai perasaan untuk melakukan yang terbaik. 

    “Adakah mereka dapat menerima saya dengan baik? Adakah majikan dan staf-staf semua akan melayan saya dengan baik? Adakah saya akan dimarahi kerana melakukan kesilapan?”

    Soalan-soalan itu akan terjawab selepas beberapa hari anda mula bekerja. Kebiasaannya, majikan dan pekerja senior yang baik tidak akan marah jika anda melakukan kesilapan. 

    Jangan takut untuk membuat kesilapan, kita hanya manusia. Apa yang penting ialah tindakan kita selepas melakukan kesilapan tersebut. 

    Kekeliruan

    Untuk beberapa minggu pertama bekerja, kebiasaannya pengurus akan kongsikan banyak maklumat. 

    Meskipun anda merupakan bekas pelajar terbaik yang dilatih dengan baik, mencatat setiap butir maklumat dan mahir mendengar secara aktif, mungkin ada beberapa perkara dan ketika yang anda akan mengambil masa untuk faham semuanya.

    Walaupun anda tahu tanggungjawab dan skop pekerjaan, akan ada beberapa perkara yang boleh mengelirukan. Ini juga perkara yang normal untuk berlaku lebih-lebih lagi untuk graduan baharu.

    Berikan otak anda peluang untuk memahami segala-galanya. Ia akan mengambil masa lebih lama daripada seminggu. Tekanan untuk melakukan yang terbaik itu bagus tetapi jika terlalu tertekan, ia mungkin akan mendatangkan lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan.

    Imposter syndrome 

    “Entah macam mana saya dapat kerja ini. Entah apa juga yang saya telah memperdaya majikan sehingga saya dapat kerja ini, padahal saya tidak layak pun,” ini adalah contoh terdekat bagi menerangkan apa itu sindrom penyamar.

    Pada hakikatnya, kelayakan dan potensi yang membuatkan anda berjaya mendapatkan pekerjaan ini. 

    Meskipun perasaan ini normal, percayalah dengan diri sendiri dan keputusan majikan. Takkan mereka mahu sengaja mengambil orang yang tidak bagus untuk bekerja dengan mereka?

    ARTIKEL BERKAITAN: Tanda-tanda anda menghidap imposter syndrome

    Tertekan dan keletihan

    Proses mempelajari benda baharu, memahami peranan, bersosial dengan muka-muka baharu dan membiasakan diri dengan semua benda boleh menyebabkan tekanan dan keletihan.

    Sementara nak biasa, anda mungkin akan berasa tertekan dan letih untuk beberapa minggu pertama. 

    Sekiranya anda merasakan terlalu banyak perkara untuk diproses dan difahamkan, bincangkan dengan pengurus. Mungkin anda dan pengurus perlu mencari satu kaedah yang tidak membebankan kedua-dua pihak.

    Kesunyian

    Rakan sekerja baharu anda mungkin sangat baik tetapi mereka tidak setanding rakan-rakan di universiti. 

    Sekali sekala mungkin anda akan merindukan rakan-rakan anda yang lain. Cuba fikir positif, anda baru sahaja masuk bekerja jadi mungkin akan ambil beberapa masa sedikit untuk mewujudkan hubungan yang lebih baik dan akrab dengan rakan sekerja. 

    Mungkin ada hari anda perlu makan tengahari berseorangan, ada hari dalam berkumpulan dengan rakan sekerja lain. 

    Setiap peralihan baharu dalam kehidupan akan mengambil masa. Apa yang penting, jangan terlalu memaksa. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025

    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    December 10, 2025

    Pantang larang ketika senggugut

    December 10, 2025
    Artikel Terkini

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025

    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    December 10, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.