Facebook Twitter
    Trending
    • Apabila rambut beruban proses melindungi diri
    • Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?
    • Apa itu alam pekerjaan sebenar
    • Gaji besar tapi simpanan sikit
    • Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya
    • Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat
    • Cara menabung paling ‘bare minimum’
    • Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026

      Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

      January 12, 2026

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025
    • Kerjaya

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Penyalahgunaan ubat penenang haiwan menyebabkan manusia menjadi ‘zombie’

    Penyalahgunaan ubat penenang haiwan menyebabkan manusia menjadi ‘zombie’

    By Umi FatehahMay 19, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Penyalahgunaan ubat penenang haiwan menyebabkan manusia menjadi ‘zombie’

    TRANQ, juga dikenali sebagai xylazine, adalah ubat yang pada asalnya dikeluarkan sebagai ubat penenang veterinar untuk haiwan besar seperti kuda. 

    Walau bagaimanapun, sejak beberapa tahun ini, ia telah menjadi dadah berbahaya yang sering digunakan untuk menggantikan dadah terlarang lain seperti kokain atau heroin.

    Menurut New York Post, Tranq juga dikenali sebagai dadah zombie oleh kerana kesan sampingan jika diambil oleh manusia. Apabila ditelan oleh manusia, ia boleh menyebabkan halusinasi, khayal dan perasaan seakan-akan terasing daripada dunia di sekeliling mereka. 

    Sesiapa yang mengambil dadah ini juga mungkin mengalami gejala fizikal seperti pergerakan yang perlahan, hilang fokus atau kelihatan seperti pandangan kosong serta gangguan pertuturan. Kajian juga mengatakan ia boleh membuatkan kulit dan otot mereput dan membusuk.

    “Dadah ini memberi kesan yang sangat dahsyat sehingga mencacatkan penggunanya. Ia juga mungkin menyebabkan kesukaran bernafas dan kesan sampingan lain bagi dadah ini ialah vasoconstrictor. 

    “Jadi, apabila ia disuntik kepada manusia, ia akan mengurangkan peredaran darah,” kata ejen khas Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah (DEA), Bill Bodner kepada stesen televisyen tempatan di Los Angeles.

    Dadah zombie ini dikatakan sudah meragut ribuan nyawa di Amerika Syarikat setiap tahun. Pihak penguasa di LA terutamanya, sedang berlumba-lumba dan bekerja keras untuk menjejaki pengedaran Tranq secara haram dan individu yang menyalahgunakan dadah ini.

    Jika kulit, otot dan tisu yang luka atau mati dan reput tidak dirawat, ia boleh menyebabkan amputasi.

    Pejabat Sheriff LA County memulakan program bagi menjejaki peningkatan penggunaan bahan berbahaya itu yang sudah semestinya tidak sepatutnya digunakan oleh manusia.

    Menurut laporan media tempatan Los Angeles, ia hanya menjadi keutamaan pihak berkuasa baru-baru ini kerana ia bukan dadah yang dilarang atau disenaraihitamkan. Selama ini, ia digunakan untuk haiwan.

    Program itu bermula pada pertengahan April dengan penganalisis makmal jenayah menandakan apabila xylazine dapat dikesan dalam dadah yang dirampas, lapor Los Angeles Times.

    Penguat kuasa di Los Angeles melaporkan bahawa di kawasan Los Angeles yang lebih besar, mereka mengesan xylazine digunakan sebagai bahan tambahan dalam pil fentanyl yang dipalsukan.

    “Walaupun bilangannya agak rendah dalam komuniti di Los Angeles berbanding di tempat lain di Amerika Syarikat, penggunaan xylazine kini meningkat dan perkara ini sangat membimbangkan.

    “Kami juga tidak pernah melihat kesan berbahaya dan sangat memudaratkan seperti apa yang kami hadapi sekarang,” katanya.

    Dia juga berkongsi bahawa terdapat satu kes di mana seorang perempuan datang ke hospital bersama adik perempuannya yang meninggal disebabkan terlebih dos fentanyl. 

    Namun, penyebab kematiannya bukan sahaja disebabkan terlebih dos, malah kulit dan otot di tangan dan kakinya juga telah mula mereput. Ia menunjukkan bukti yang kukuh bagi komplikasi daripada pengambilan xylazine.

    Perlu diingatkan, Los Angeles bukan satu-satunya kawasan yang dibelenggu oleh masalah penyalahgunaan dadah yang mengerikan itu. Terdapat juga kemungkinan bahawa ia mungkin berlaku di kawasan mahupun negara lain juga.

    Pihak berkuasa Amerika Syarikat telah mengeluarkan amaran keselamatan awam pada Mac lalu bahawa xylazine sedang digunakan sebagai bahan alternatif yang lebih murah untuk fentanyl. 

    Amaran tersebut dikeluarkan kepada 48 buah negara lain sebagai langkah peringatan dan pencegahan bagi mengelakkan daripada penyalahgunaan dadah ini terus meluas. – RELEVAN

    Previous ArticleBolehkah bakal majikan meminta penyata gaji semasa anda?
    Next Article Teroka Kerjaya: Tip dan cara menjadi kru teknikal pemuzik

    Artikel berkaitan

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    January 14, 2026

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026
    Artikel Terkini

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    January 14, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.