Facebook Twitter
    Trending
    • e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti
    • Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri
    • ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk
    • Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan
    • Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori
    • Pantang larang ketika senggugut
    • 5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira
    • Cara mengelak menangis ketika memotong bawang
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025

      Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

      December 8, 2025
    • Kewangan

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025
    • Pendidikan

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025
    • Kerjaya

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » IHPR Mac 2023 menurun kepada -2.9%

    IHPR Mac 2023 menurun kepada -2.9%

    By April 27, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    KADAR Indeks Harga Pengeluar (IHPR) yang mengukur harga barangan di pintu kilang terus menurun kepada -2.9 peratus pada Mac, berbanding -0.8 peratus pada Februari.

    IHPR merupakan indikator utama untuk Indeks Harga Pengguna (IHP) yang mengukur inflasi. Ini bermakna, jika IHPR berterusan menurun, berkemungkinan besar corak sama akan dapat dilihat pada IHP dan inflasi.

    Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, penguncupan IHPR pada Mac disebabkan terutamanya oleh penurunan sektor pertanian, perhutanan dan perikanan serta perlombongan yang terus mencatatkan perubahan negatif selama tiga bulan berturut-turut pada 2023.

    Kata beliau, indeks buah tandan segar kelapa sawit terus jatuh untuk mencatatkan kadar -43.5 peratus pada Mac berbanding -40.5 peratus pada bulan sebelumnya, yang menyumbang kepada penurunan -28.7 peratus bagi indeks pertanian, perhutanan dan perikanan.

    “Indeks perlombongan turun -11.5 peratus dengan indeks pengekstrakan petroleum mentah turun -21.2 peratus pada Mac,” katanya dalam kenyataan pada 27 April.

    Sementara itu, menurut Mohd. Uzir, indeks pembuatan naik 1.4 peratus pada Mac disebabkan peningkatan indeks pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal (sebanyak 8.9 peratus) serta pembuatan kelengkapan elektrik (5.3 peratus).

    Bagi sektor utiliti pula, indeks bekalan air serta bekalan elektrik dan gas meningkat masing-masing sebanyak 3.3 peratus dan 1.4 peratus.

    Jelas Mohd. Uzir, pada asas bulanan, IHPR pengeluaran tempatan meningkat 0.3 peratus pada Mac berbanding penurunan -0.2 peratus pada bulan sebelumnya. Sektor pertanian, perhutanan dan perikanan meningkat 4.8 peratus, seiring dengan pertumbuhan indeks penanaman tanaman kekal yang meningkat sebanyak 6.5 peratus.

    “Sektor bekalan elektrik dan gas juga mencatatkan peningkatan sebanyak 0.5 peratus pada Mac.

    “Sebaliknya, sektor perlombongan menyusut kepada -0.6 peratus, dipengaruhi oleh penurunan kedua-dua indeks pengekstrakan asli (-1 peratus) dan pengekstrakan petroleum mentah (-0,5 peratus).

    “Indeks pembuatan menurun -0.1 peratus disebabkan penurunan pembuatan kok dan produk petroleum ditapis (-1.6 peratus); pembuatan kimia dan produk kimia (-0.2 peratus) serta pembuatan produk makanan (-0.1 peratus).

    “Sama seperti bulan sebelum ini, indeks bekalan air turun -0.3 peratus,” katanya.

    Tambah Mohd. Uzir, pada suku tahun pertama 2023, IHPR pengeluaran tempatan mencatatkan penurunan -0.8 peratus berbanding 3.5 peratus pada suku keempat 2022.

    Kata beliau, penurunan itu disebabkan indeks pertanian, perhutanan dan perikanan yang menurun -25.4 peratus serta indeks perlombongan yang menurun -6.8 peratus.

    “Sebaliknya, peningkatan suku ke suku menunjukkan bahawa IHPR pengeluaran tempatan menurun -0.8 peratus berbanding -0.7 peratus pada suku keempat 2022,” jelasnya. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025

    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    December 10, 2025

    Pantang larang ketika senggugut

    December 10, 2025
    Artikel Terkini

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025

    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    December 10, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.