JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 255 kes semalam berbanding 269 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,039,067 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 306 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,990,705 kes.
Sebanyak empat kematian dilaporkan semalam dan tiada kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,950 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,871 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,731 kes dengan 9,392 kes atau 96.5 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 327 kes atau 3.4% pesakit dirawat di hospital, 7 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 5 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN