Facebook Twitter
    Trending
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    • Padah lambat makan
    • Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026

      Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

      January 26, 2026
    • Kewangan

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Menuju pembedahan pemindahan rahim pertama

    Menuju pembedahan pemindahan rahim pertama

    By KU SYAFIQ KU FOZIJanuary 27, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    DENGAN pembedahan pemindahan rahim, penghidap MRKH ada pilihan untuk mempunyai anak kandung sendiri. - Gambar oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI/UTUSAN

    “JADI, tak boleh mengandung?” Soalan pertama yang keluar dari mulut ibu Wani Ardy ketika pertama kali anaknya disahkan tidak mempunyai rahim oleh doktor.

    Kegusaran itu logik kerana secara permukaannya, fungsi utama rahim adalah untuk menempatkan bayi ketika dalam kandungan. Tambahan lagi, kebanyakan orang menganggap keluarga yang sempurna adalah ibu bapa yang ada anak.

    Suatu masa dahulu, wanita MRKH tidak ada pilihan untuk mempunyai anak kandung sendiri. Satu-satunya pilihan yang ada adalah dengan mengambil anak angkat.

    Namun, dengan kemajuan teknologi perubatan, sinar harapan akan terbit buat penghidap MRKH di Malaysia.

    Melalui pembedahan pemindahan rahim, penghidap yang lahir tanpa rahim boleh menerima rahim dari penderma dan jika berjaya, boleh mula mendapat haid serta mengandung seperti wanita lain.

    ARTIKEL BERKAITAN: Teguh hati wanita MRKH

    MRKH Malaysia kini dalam usaha untuk merealisasikan pembedahan pemindahan rahim pertama di Malaysia melalui kerjasama dengan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 

    Isu-isu seperti dana dan kepakaran sedang diatasi oleh dua pihak itu. Malah, pakar bedah dari Sweden juga akan dibawa masuk bagi melatih doktor-doktor di Malaysia.

    Cuma, satu lagi aral yang melintang ialah fatwa. Ketika ini, fatwa untuk pembedahan pemindahan rahim ditetapkan sebagai tidak harus kerana keperluannya belum mencapai tahap darurat.

    “Fatwa itu dibuat lama dahulu, ketika belum ada kesedaran tentang MRKH. Ia fleksibel dan boleh diubah mengikut keperluan semasa tapi kami perlu beri justifikasi, kena buktikan kenapa ia perlu.

    “Kebimbangan Majlis Fatwa ialah mudaratnya kepada penderma atau penerima rahim. Kedua, mereka bimbang jika golongan transgender juga akan mahu buat pembedahan sama. Ketiga, mereka kata, kalau tak ada rahim, suami boleh poligami,” kata Wani.

    MRKH Malaysia dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz sedang berusaha merealisasikan pembedahan pemindahan rahim pertama di Malaysia. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    Menurut Wani, jika pembedahan pemindahan rahim berjaya dilaksanakan di Malaysia, ia bukanlah bermakna semua penghidap akan menjalaninya. 

    Pembedahan pemindahan rahim meletakkan kriteria yang ketat dari segi usia, keadaan kesihatan dan pelbagai aspek lain.

    “Kami pernah buat tinjauan dalam kalangan penghidap MRKH di Malaysia. Daripada 200 responden, 100 orang memang tak mahu buat. Mungkin mereka sudah berdamai, sudah ada anak angkat atau gembira hidup dengan suami berdua.

    “Golongan yang nak pembedahan ini biasanya yang muda, usia awal 20-an atau belasan tahun. Mereka masih bersemangat,” katanya.

    Usaha untuk memungkinkan pembedahan pemindahan rahim dilakukan di Malaysia bertujuan untuk memberi harapan kepada penghidap. Ini supaya mereka tidak putus harapan sebaik mengetahui keadaan kesihatan mereka.

    “Kita cuma mahu beri mereka pilihan,” kata Wani.

    Pembedahan serupa sudah berjaya dilakukan di luar negara, termasuk negara-negara Arab. Menariknya, kebanyakan pemindahan yang berjaya adalah apabila ibu mendermakan rahim kepada anaknya.

    “Betapa besarnya kuasa Allah. Walaupun rahim itu dalam badan orang yang sudah tua, sudah menopaus, apabila dipindahkan kepada penghidap yang muda, ia boleh berfungsi semula. 

    “Kita beri ubat-ubatan, jadikan rahim itu sihat dan subur semula. Penghidap boleh mula datang haid, malah mengandung,” jelasnya.

    Bukan untuk mengubah ciptaan Tuhan, sebaliknya pembedahan pemindahan rahim ialah satu ikhtiar untuk penghidap MRKH. Mereka cuma mahukan pilihan. – RELEVAN

    Previous ArticleTiga kematian akibat covid-19 dilaporkan semalam
    Next Article 7 individu popular dengan IQ tinggi, selebriti jelita Malaysia juga ada

    Artikel berkaitan

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026

    Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

    January 28, 2026
    Artikel Terkini

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.