Facebook Twitter
    Trending
    • Tanda kolesterol tinggi pada wajah
    • Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda kolesterol tinggi pada wajah

      January 23, 2026

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Empati bantu fahami suara hati pekerja

    Empati bantu fahami suara hati pekerja

    By Umi FatehahJanuary 27, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Empati bantu fahami suara hati pekerja. - GAMBAR HIASAN LINKEDIN SALES SOLUTION/UNSPLASH

    SALAH satu elemen penting dalam membentuk sebuah syarikat yang progresif adalah merekrut pengurus dan pemimpin baik yang mampu memajukan organisasi. 

    Salah satu kemahiran yang diperlukan dalam pengurusan dan kepemimpinan yang baik ialah sifat empati.

    Kepimpinan dengan empati merujuk kepada pemimpin yang mempunyai keupayaan untuk memahami keperluan pekerja lain dan menyedari perasaan serta pemikiran mereka. 

    Malangnya, ia telah lama menjadi kemahiran insaniah penunjuk prestasi yang diabaikan.

    Menurut Indeed, sifat empati penting untuk diwujudkan dalam diri sama ada majikan atau pekerja kerana setiap orang mempunyai nilai, pemahaman budaya, latar belakang dan perspektif tersendiri yang menjadikan setiap daripada kita unik. 

    Dengan empati, majikan atau pekerja mampu menyesuaikan gaya komunikasi dengan orang yang mereka sedang berinteraksi. Ia juga boleh membantu mewujudkan hubungan yang baik antara majikan dan pekerja serta klien. Kesannya, hubungan yang harmoni di pejabat boleh mewujudkan persekitaran kerja yang lebih supportive dan positif. 

    Berikut merupakan beberapa cara untuk mewujudkan sifat empati dalam diri.

    1. Mendengar secara aktif

    Terapkan nilai empati melalui pendengaran aktif. Dengar dengan teliti apa yang dikatakan oleh orang yang anda berkomunikasi untuk lebih memahami soalan atau permintaan mereka sebelum memikirkan jawapan. 

    Strategi ini membolehkan anda menumpukan apa yang orang itu mahukan. Dalam situasi ini, anda lebih faham apa yang klien mahukan dan hasilnya, dapat memahami sepenuhnya permintaan, perasaan dan kepuasan mereka.

    1. Guna cara komunikasi yang berbeza

    Apabila mengetahui khalayak yang anda akan berhadapan, pertimbangkan cara terbaik untuk berkomunikasi dengan mereka, seperti menukar perkataan yang digunakan berdasarkan kepakaran pelanggan atau rakan sekerja anda. 

    Sebagai contoh, anda boleh menggunakan lebih banyak istilah industri apabila bercakap dengan rakan sekerja, tetapi gunakan perkataan yang lebih mudah difahami apabila menyampaikan kepada pelanggan. 

    Jika anda mampu, anda juga mungkin berkomunikasi dalam bahasa yang berbeza apabila berinteraksi dengan rakan sekerja atau pelanggan yang menggunakan bahasa selain daripada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

    1. Tawarkan pertolongan

    Empati juga boleh membantu untuk memahami dan menangani cabaran yang dihadapi oleh rakan sekerja anda seperti beban kerja yang meningkat atau hal peribadi. Tunjukkan empati dengan menawarkan bantuan dalam apa jua cara yang anda mampu. 

    Tindakan ini boleh menunjukkan kepada rakan sekerja bahawa anda berdedikasi untuk mencapai kejayaan bersama dalam satu pasukan dan akan membantu mereka mencapai matlamat yang ditetapkan.

    1. Gunakan perspektif yang berbeza

    Jika kumpulan kerja (department) menghadapi konflik interpersonal, gunakan perbincangan secara produktif dan cuba lihat situasi dari sudut pandangan yang lain. 

    Sebaik sahaja memahami perasaan setiap rakan sekerja, anda mungkin dapat bertindak balas dengan lebih baik. Jika mempunyai sebarang kekeliruan mengenai isu mereka tentang sesuatu topik, tanyakan soalan agar kedua-dua pihak mencapai titik persefahaman antara satu sama lain.

    1. Rajinkan bertanya

    Empati menekankan memahami perspektif yang berbeza dan ia tidak semudah dengan cuba membayangkan perasaan orang lain. 

    Mungkin kita boleh bertanya kepada rakan sekerja atau pelanggan pelbagai soalan tentang keperluan, perasaan atau perspektif mereka yang akan membantu anda memahami dengan lebih baik dan apa yang anda boleh lakukan untuk membantu mereka.

    Sekiranya salah seorang rakan sekerja menunjukkan prestasi yang merudum, tanyakan kepada mereka apakah masalah yang sedang dihadapi dan sekiranya mampu, tawarkan pertolongan.

    1. Memahami dan menerima (validate) perasaan mereka

    Walaupun mungkin tidak dapat memahami sepenuhnya atau bersetuju dengan perspektif orang lain, anda boleh menunjukkan empati dengan memastikan bahawa mereka tahu bahawa anda fikir perasaan mereka itu penting dan tidak salah bagi mereka untuk mempunyai perasaan begitu.

    Pertama, dengar dengan teliti apa yang dikatakan oleh rakan sekerja atau pelanggan, kemudian terangkan bahawa anda memahami mengapa ini menjadi masalah. Nyatakan juga bahawa anda bersedia untuk membantu. Melalui cara ini, ia akan memberi kesan positif kepada perbualan. – RELEVAN

    Previous Article7 individu popular dengan IQ tinggi, selebriti jelita Malaysia juga ada
    Next Article Bekerja di bawah kelayakan, gaji permulaan rendah dan 4 isu lain tentang kebolehpasaran graduan

    Artikel berkaitan

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026
    Artikel Terkini

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.