KES jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 350 kes semalam, berbanding 227 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,033,254 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 349 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,986,008 kes.
Lima kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan dua daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,919 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,865 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 10,327 kes dengan 9,901 kes atau 95.9 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 410 kes atau 4% pesakit dirawat di hospital, 8 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 8 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN