Facebook Twitter
    Trending
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    • Padah lambat makan
    • Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026

      Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

      January 26, 2026
    • Kewangan

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa itu pembedahan bariatrik?

    Apa itu pembedahan bariatrik?

    By Umi FatehahJanuary 17, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Apa itu pembedahan bariatrik? - GAMBAR HIASAN OLEH TOWFIQU BARBHUIYA/UNSPLASH

    PEMBEDAHAN bariatrik adalah istilah yang merujuk kepada prosedur pembedahan yang membantu dalam penurunan berat badan dengan membuat perubahan pada sistem pencernaan. 

    Menurut WebMB, istilah pembedahan bariatrik digunakan untuk pelbagai prosedur seperti rawatan gastrik dan pembedahan penurunan berat badan yang lain. Walaupun pelbagai jenis pembedahan bariatrik mempunyai fungsi yang berbeza, namun semuanya adalah prosedur yang sangat serius.

    Jenis pembedahan bariatrik

    Pembedahan bariatrik berfungsi dengan cara yang berbeza, sama ada dengan mengehadkan jumlah makanan yang boleh disimpan dalam perut, mengurangkan keupayaan tubuh untuk menyerap nutrien atau gabungan kedua-duanya. 

    • Rawatan pintasan gastrik (gastric bypass)

    Pembedahan pintasan gastrik adalah salah satu jenis pembedahan bariatrik yang paling lazim dilakukan. Secara ringkas, terdapat dua bahagian dalam prosedur ini. 

    Pertama, kantung kecil akan dicipta di bahagian atas perut untuk membahagikannya dari seluruh perut. 

    Kemudian, bahagian pertama usus kecil dibahagikan dan hujung bawah usus kecil disambungkan ke kantung kecil yang dibuat pada bahagian pertama di dalam perut. 

    Akhirnya, bahagian atas usus kecil yang dibahagikan disambungkan ke bahagian bawah usus kecil, yang mengubah aliran makanan dan menghasilkan perubahan dalam hormon usus.

    Prosedur ini mengehadkan jumlah makanan yang boleh dipegang oleh perut, serta menyekat penyerapan kalori dan nutrien.

    Rawatan pintasan gastrik (gastric bypass). – GAMBAR HIASAN ISTOCK
    • Sleeve gastrectomy

    Prosedur ini melibatkan pembuangan kira-kira 80 peratus bahagian perut. Yang tinggal ialah kantung berbentuk tiub atau lengan. Oleh kerana sebahagian besar perut dibuang, kini perut menjadi lebih kecil dan tidak dapat menampung banyak makanan.

    Individu yang mendapatkan pembedahan ini kebiasaannya akan cepat kenyang dan cepat lapar. Pembedahan ini juga mengurangkan pengeluaran hormon ghrelin yang mengawal selera makan.

    Sleeve gastrectomy. – GAMBAR HIASAN OLEH DRUGS.COM
    • Gastric band

    Prosedur gastric band boleh laras (adjustable) melibatkan proses meletakkan jalur kembung di sekeliling bahagian atas perut yang menghasilkan kantung perut dengan saiz lebih kecil di atas. 

    Hasil daripada prosedur ini ialah makanan dapat disimpan dalam perut dalam kuantiti yang sedikit sahaja dan pesakit akan berasa kenyang lebih cepat. Saiz jalur dikurangkan dari semasa ke semasa dengan perubahan secara berkala.

    Gastric band. – GAMBAR HIASAN OLEH MEDICAL NEWS TODAY
    • Duodenal switch

    Biliopancreatic diversion with duodenal switch (BPD/DS) melibatkan proses secara dua peringkat. Mula-mula, bahagian perut dicipta untuk membentuk kantung berbentuk tiub (sama dengan gastrectomy lengan). Kedua, sebahagian besar usus kecil dipintas. 

    Proses ini dilakukan dengan tujuan untuk menyekat jumlah makanan yang boleh disimpan oleh perut dan menggalakkan rasa kenyang dengan lebih cepat. Ia juga mengurangkan penyerapan nutrien. Ia adalah pembedahan yang sangat berkesan tetapi ia juga melibatkan risiko yang lebih besar, seperti kekurangan vitamin atau kekurangan zat makanan. 

    Duodenal switch. – GAMBAR HIASAN OLEH TYLER BARIATRICS

    Mengapa pembedahan bariatrik dilakukan?

    Pembedahan bariatrik dilakukan untuk membantu pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan yang teruk menurunkan berat badan berlebihan untuk mengurangkan risiko masalah kesihatan yang teruk dan mengancam nyawa, seperti:

    • Penyakit jantung
    • Strok
    • Tekanan darah tinggi
    • Penyakit hati berlemak bukan alkohol
    • Apnea tidur (gangguan tidur yang melibatkan pernafasan)
    • Diabetes jenis 2

    Namun, perlu diingatkan bahawa pembedahan bariatrik bukan satu-satunya penyelesaian untuk semua orang yang mempunyai berat badan berlebihan. 

    Terdapat beberapa kriteria perubatan yang perlu dipenuhi. Ia biasanya dicadangkan selepas kegagalan kaedah penurunan berat badan seperti menukar diet dan senaman. – RELEVAN

    Previous Article6 kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam
    Next Article 350 kes baharu jangkitan Covid-19 dicatatkan semalam

    Artikel berkaitan

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026

    Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

    January 28, 2026
    Artikel Terkini

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.