SEBANYAK 227 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 244 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,032,904 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 367 kes, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,985,659 kes.
Sebanyak enam kematian dilaporkan semalam dan dua daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,914 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,863 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 10,331 kes dengan 9,853 kes atau 95.4 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 457 kes atau 4.4% pesakit dirawat di hospital, 12 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 9 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN