JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 383 kes semalam berbanding 405 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,030,696 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 355 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,982,399 kes.
Sebanyak lapan kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan satu daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,883 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,858 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 11,414 kes dengan 10,779 kes atau 94.4 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 607 kes atau 5.3% pesakit dirawat di hospital, 17 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 11 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN