KES jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 517 kes semalam, berbanding 543 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,029,908 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 551 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,981,603 kes.
Empat kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan tiada kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,874 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,857 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 11,431 kes dengan 10,812 kes atau 94.6 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 585 kes atau 5.1% pesakit dirawat di hospital, 19 kes atau 0.2% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 15 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN