Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Rangkuman isu kemasukan warga China, risiko gelombang Covid-19 baharu

    Rangkuman isu kemasukan warga China, risiko gelombang Covid-19 baharu

    By January 5, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    RAMAI yang gelisah dan ada yang marah-marah. Berita kemasukan kira-kira sejuta pelancong China ke Malaysia menyebabkan rakyat bimbang, adakah ini akan mencetuskan gelombang Covid-19 baharu untuk negara?

    Kebimbangan dan kemarahan rakyat ada asasnya. Kita sudah berusaha keluar dari kesukaran hidup akibat Covid-19 dalam beberapa tahun ini, kita tidak mahu berhadapan kesukaran sama lagi.

    Namun, yang lebih penting ialah memahami situasi sebenar yang berlaku supaya kita boleh menilai, adakah kebimbangan dan kemarahan kita itu rasional?

    Sehubungan itu, Relevan merangkumkan isu-isu di sebalik kontroversi kemasukan pelancong China ini. Baca dan fahami kemudian anda nilai sendiri situasi yang sedang berlaku kini.

    Apa yang terjadi di China?

    Bulan lalu, kerajaan China membuat keputusan untuk melonggarkan sekatan polisi sifar Covid di negara itu susulan bantahan orang ramai terhadap pelaksanaan sekatan pergerakan yang ketat. 

    China merupakan antara negara yang paling tegas melaksanakan sekatan berkaitan Covid-19 sebelum ini. Ia bagaimanapun tidak dapat menghapuskan ancaman Covid-19 secara penuh.

    Kelonggaran yang dibuat termasuk dari segi amalan pengujian massa dan sekatan perjalanan. Pesakit Covid-19 tanpa simptom atau dengan simptom ringan juga dibenarkan untuk kuarantin di rumah, berbanding ditempatkan di kemudahan yang diselenggara kerajaan.

    Pemansuhan pengujian massa memberi kesan kepada bilangan kes jangkitan harian Covid-19 di negara itu. Ketika ini, hanya kes positif di hospital dan klinik yang direkodkan sebagai data jangkitan harian. Kes tanpa simptom dan keputusan ujian kendiri tidak dimasukkan dalam data, menurut BBC.

    Dengan ujian yang semakin sedikit dilakukan, ia memberi gambaran palsu bahawa jangkitan di negara itu semakin berkurang. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) malah menjemput saintis dari negara tersebut untuk berkongsi lebih banyak maklumat, termasuk data penjujukan genetik, penghospitalan, kematian dan vaksinasi.

    Mengapa ramai bimbang?

    Kelonggaran polisi sifar Covid China menggalakkan rakyatnya untuk bercuti ke luar negara. Walaupun tidak ada sekatan untuk mereka ke luar negara sebelum ini, peraturan terbaharu di China memudahkan urusan apabila mereka kembali dari bercuti.

    Disebabkan situasi Covid-19 di China tidak jelas, banyak negara yang mengambil langkah berjaga-jaga dalam menerima kemasukan pelancong dari negara itu.

    Menurut majalah TIME, terdapat 12 buah negara yang telah mengumumkan sama ada untuk menyekat terus atau mengenakan peraturan khas untuk pelancong dari China, tidak termasuk Malaysia yang telah mengumumkan dasar tiada diskriminasi terhadap pelancong dari negara itu pada 4 Januari.

    Negara-negara tersebut termasuk Itali, Maghribi, Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan.

    Situasi Covid-19 negara

    Setakat 4 Januari 2023, jumlah kumulatif kes Covid-19 dalam negara adalah sebanyak 5,028,223 kes.  Jumlah kes aktif adalah sebanyak 11,696 kes dengan hanya 581 kes yang dirawat di hospital, 10 di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 21 di ICU dengan alat bantuan pernafasan.

    Sejak 11 Disember lalu, kes harian berada pada bawah paras 1,000 kes dan sejak 1 Januari 2023, kes harian berada di bawah paras 500 kes sehari.

    Perkembangan jangkitan Covid-19 dalam negara setakat ini berada dalam keadaan yang baik dan terkawal. Walaupun jumlah ujian Covid-19 yang dijalankan semakin berkurang, peratusan kes positif berbanding ujian dijalankan kekal rendah, iaitu sekitar tiga hingga lima peratus sejak pertengahan Disember.

    Langkah berjaga-jaga

    Kerajaan mengambil langkah untuk tidak mendiskriminasi pelancong dari mana-mana negara. Pendirian tersebut diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet pada 4 Januari.

    Kata Anwar, tidak ada sekatan atau larangan eksklusif dikenakan terhadap pelancong China kerana kerajaan melihat keadaan jangkitan wabak Covid-19 di negara-negara lain seperti AS juga dalam situasi sama.

    Namun, kerajaan tetap memperketat kawalan sedia ada terhadap pelancong dari luar negara, seperti penggunaan pengimbas suhu terhadap pendatang asing di pusat imigresen.

    Kerajaan turut menggalakkan pengambilan suntikan vaksin penggalak dalam kalangan rakyat Malaysia bagi memperkukuh perlindungan imuniti. 

    Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, orang ramai yang sudah menerima dos penggalak pertama digesa mendapatkan dos penggalak kedua segera, tanpa perlu menunggu ketibaan vaksin bivalen.

    Kata beliau, hanya 49.8 peratus rakyat Malaysia mendapatkan vaksin dos penggalak pertama dan 1.9 peratus sahaja sudah mendapatkan dos kedua.

    Lindungi diri, jangan cemas

    Kita masih belum memasuki fasa endemik. Selama hampir setahun ini, kita berada dalam fasa peralihan ke endemik. Maknanya, Covid-19 masih lagi berstatus pandemik.

    Covid-19 tidak pernah meninggalkan kita. Risiko jangkitannya sentiasa wujud. Kita telah diajar untuk hidup bersama virus ini dan kita perlu terus hidup begitu.

    Kerajaan, dengan data dan nasihat daripada pakar kesihatan, telah memutuskan bahawa kita tidak akan mendiskriminasi pelancong dari mana-mana negara. Namun, langkah-langkah kesihatan awam tetap diambil bagi menjaga kesejahteraan rakyat Malaysia.

    Apa yang kita boleh buat? Lindungi diri sendiri dengan terus mengamalkan langkah-langkah kesihatan kendiri. Pakai pelitup muka di kawan sesak. Kerap basuh tangan dan jaga kebersihan diri.

    Walaupun ada banyak berita-berita yang membimbangkan dibaca di dada media, kita tidak perlu cemas. Yang penting, kita bertindak mengikut kemampuan, jaga diri, jaga keluarga dan teruskan kehidupan seperti biasa. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.