Facebook Twitter
    Trending
    • Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya
    • Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas
    • Beli kereta atau rumah dahulu?
    • Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    • James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    • Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    • Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    • Makan durian sambil beringat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025

      Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

      July 7, 2025

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025
    • Kewangan

      Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

      July 17, 2025

      Beli kereta atau rumah dahulu?

      July 14, 2025

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025
    • Pendidikan

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025
    • Kerjaya

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 13 perubahan dalam pindaan Akta Kerja 1955

    13 perubahan dalam pindaan Akta Kerja 1955

    By Umi FatehahJanuary 3, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    13 perubahan dalam pindaan Akta Kerja 1955. - GAMBAR HIASAN AMIR KHALID/UTUSAN

    PENGUATKUASAAN Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 yang sebelum ini ditangguhkan, akhirnya dilaksanakan pada 1 Januari 2023.

    Pindaan terhadap Akta Kerja 1955 diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada Mac lalu. 

    Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) menjelaskan, penggunaan akta ini meliputi semua pekerja sektor swasta di Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.

    Terdahulu, Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata penangguhan tersebut dilakukan bagi memberi laluan kepada industri dan majikan untuk pulih daripada kesan pandemik Covid-19, supaya mereka boleh bersedia untuk melaksanakan pindaan-pindaan yang telah ditetapkan dalam akta tersebut.

    Tujuan pindaan ini adalah bagi meningkatkan dan menambah baik perlindungan dan kebajikan pekerja. Selain itu, ia juga bagi memastikan undang-undang perburuhan di Malaysia selaras dengan standard antarabangsa.

    Antara kandungan pindaan dalam akta itu adalah seperti berikut:

    • Waktu kerja seminggu dihadkan kepada 45 jam

    Sebelum akta ini dipinda, pekerja dikehendaki untuk bekerja selama 48 jam seminggu. Tetapi selepas dipinda, waktu bekerja dihadkan kepada 45 jam sahaja seminggu.

    • Cuti bersalin dipanjangkan kepada 98 hari

    Semua pekerja wanita yang bersalin tidak mengira tangga gaji dan melalui perkahwinan yang sah atau tidak, layak mendapat 98 hari dan elaun bersalin 98 hari.

    Namun begitu, wanita yang baru sahaja bersalin dibenarkan melaporkan diri lebih awal daripada cuti yang diberikan dengan syarat mendapat persetujuan daripada majikannya dan mendapat pengesahan daripada pengamal perubatan berdaftar tentang kelayakan dari segi kesihatan untuk bekerja semula.

    Berdasarkan Pindaan Akta Kerja 1955, terdapat larangan penamatan perkhidmatan kepada wanita hamil. Penamatan hanya boleh dibuat berdasarkan tiga situasi iaitu pelanggaran syarat kontrak kerja, salah laku atau penutupan syarikat (bankrap).

    • Cuti sakit dan hospitalisasi yang lebih baik

    Sebelum Akta Kerja 1955 dipinda, cuti sakit dan cuti hospitalisasi digabungkan dan dijumlahkan sebanyak 60 hari. Namun, mengikut Pindaan Akta Kerja 1955, cuti sakit (MC) akan diasingkan dengan cuti hospitalisasi.

    Ini bermaksud kelayakan cuti sakit berbayar akan diperuntukkan sebanyak 14, 18 atau 22 hari dan cuti hospitalisasi sebanyak 60 hari.

    • Cuti paterniti (cuti diberikan kepada bapa sebelum atau selepas kelahiran anak) selama 7 hari

    Cuti paterniti terhad kepada lima kelahiran sahaja (tanpa mengira bilangan pasangan). Pekerja lelaki yang sudah berkahwin berhak mendapat paterniti cuti daripada majikannya sekiranya telah bekerja dengan majikan yang sama sekurang-kurangnya 12 bulan sebelum kelahiran anak. 

    Pekerja itu juga perlu memberitahu majikannya tentang kehamilan pasangannya sekurang-kurangnya 30 hari dari jangkaan kelahiran atau seawal mungkin selepas bersalin.

    • Pembayaran upah melalui bank atau cek dan tunai

    Pekerja perlu melampirkan permohonan bertulis kepada majikan untuk meminta bayaran upah melalui bank atau cek dan tunai. Kemudian, majikan perlu mendapatkan kebenaran Ketua Pengarah (KP) sebelum meluluskan permohonan pekerja terbabit.

    • Aturan kerja fleksibel

    Pekerja boleh memohon kepada majikan untuk pengaturan kerja yang fleksibel untuk mengubah jam kerja, hari bekerja atau tempat kerja berhubung dengan pekerjaannya. 

    Jika terdapat perjanjian kolektif, apa-apa permohonan yang dibuat oleh pekerja hendaklah seiring dengan terma dan syarat dalam perjanjian kolektif bersama majikan.

    • Kelulusan awal Ketua Pengarah dalam penggajian pekerja asing 

    Setelah mendapat kelulusan KP di bawah seksyen ini, seseorang majikan hendaklah, memberikan KP butir-butir yang berkaitan dengan pekerja asing itu mengikut cara yang diarahkan oleh KP dalam masa empat belas hari dari tarikh penggajian pekerja asing.

    KP berhak meluluskan permohonan di bawah seksyen ini jika majikan mematuhi syarat yang dituntut (tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis).

    • Larangan diskriminasi dalam pekerjaan

    Sebarang isu berkaitan diskriminasi pekerjaan yang timbul antara pekerja tempatan atau pekerja asing boleh disiasat oleh KP dan beliau berhak membuat keputusan dan mengeluarkan perintah bagi menyelesaikan isu tersebut.

    Majikan yang melanggar mana-mana perintah yang dikeluarkan oleh KP merupakan satu kesalahan. Sekiranya disabitkan kesalahan, majikan tersebut boleh didenda sehingga RM50,000. Sekiranya kesalahan itu berterusan selepas disabitkan bersalah, majikan itu juga boleh dikenakan denda harian sehingga RM1,000.

    • Larangan buruh paksa

    Mana-mana majikan yang mengancam, menipu, menghalang atau memaksa pekerja untuk merupakan suatu kesalahan. Sekiranya disabitkan bersalah, majikan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

    • Kontraktor untuk buruh perlu mengadakan kontrak dengan prinsipal

    Kontraktor untuk buruh yang membekalkan mana-mana pekerja kepada prinsipal, kontraktor atau subkontraktor hendaklah membuat kontrak secara bertulis untuk pemeriksaan.

    • Kuasa tambahan Mahkamah Majistret dan pelanjutan tempoh rayuan

    Mahkamah Majistret mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah akta ini dan berhak menjatuhkan hukuman penuh bagi mana-mana kesalahan. 

    • Tempoh perantisan 

    Bagi takrif kontrak perantisan, perantisan hendaklah dilakukan dalam tempoh minimum

    enam bulan dan maksimum 24 bulan sahaja.

    • Notis kesedaran gangguan seksual

    Setiap majikan dikehendaki mempamerkan notis kesedaran gangguan seksual pada setiap masa bagi meningkatkan kesedaran dan melindungi pekerja. – RELEVAN

    featured kerjaya
    Artikel Terkini

    Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

    July 17, 2025

    Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

    July 16, 2025

    Beli kereta atau rumah dahulu?

    July 14, 2025

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    July 11, 2025

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    July 9, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.