Facebook Twitter
    Trending
    • 5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira
    • Cara mengelak menangis ketika memotong bawang
    • Masa untuk bercuti
    • Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025

      Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

      December 8, 2025

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa itu ‘ameba pemakan otak’? Cara jangkitan, simptom dan langkah pencegahan

    Apa itu ‘ameba pemakan otak’? Cara jangkitan, simptom dan langkah pencegahan

    By Umi FatehahDecember 30, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan nasihat pencegahan jangkitan Naegleria Fowleri menerusi sebuah kenyataan 28 Disember lalu, susulan daripada kes pertama jangkitan ameba pemakan otak ini di Korea Selatan. 

    Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) telah mengesahkan bahawa seorang lelaki warga Korea Selatan yang berusia lingkungan 50-an meninggal dunia pada 21 Disember 2022 selepas dijangkiti.

    “Sehingga kini, KKM mendapati bahawa tiada kes jangkitan Naegleria Fowleri dilaporkan berlaku di Malaysia. 

    Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia dinasihatkan agar berhati-hati dan mengambil langkah sewajarnya ketika melakukan aktiviti berkaitan air tawar,” jelas Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah.

    Apa itu Naegleri Fowleri?

    Naegleri Fowleri merupakan ameba termofilik atau dikenali juga sebagai organisma sel tunggal protozoa yang boleh ditemui di seluruh dunia terutamanya di dalam habitat air tawar seperti tasik, kolam, sungai, mata air panas serta juga dalam tanah. 

    Walau bagaimanapun, ia tidak ditemui dalam air masin seperti di lautan. Ameba Naegleri Fowleri tersebut juga dikenali sebagai ‘ameba pemakan otak’ kerana berupaya menyebabkan kerosakan kepada otak melalui jangkitan sistem saraf tunjang.

    Bagaimanakah Naegleria Fowleri menjangkiti manusia?

    Ameba ini berupaya untuk masuk ke dalam badan manusia melalui hidung semasa aktiviti berkaitan air tawar (seperti tasik atau sungai). 

    Ia memusnahkan tisu otak dan menyebabkan jangkitan otak yang teruk iaitu Primary Amoebic Meningoencephalitis (PAM) yang seterusnya boleh membawa maut. 

    Namun, sehingga kini tiada bukti jangkitan boleh merebak melalui wap air atau titisan aerosol.

    Dalam keadaan yang jarang berlaku, orang ramai telah mendapat jangkitan Naegleria fowleri daripada air rekreasi yang tidak mempunyai klorin yang mencukupi di dalamnya, seperti kolam atau taman luncur air (surf parks).

    Apakah simptom jangkitan ameba jangkitan otak?

    Pada peringkat awal, gejala PAM menyerupai gejala meningitis yang disebabkan oleh bakteria atau virus lain seperti sakit kepala, demam, loya, atau muntah. 

    Gejala yang lebih serius seperti kekakuan leher (neck stiffness), kekeliruan, kurang kesedaran terhadap orang serta sekeliling, sawan, halusinasi, dan koma juga boleh berlaku.

    Kebiasaannya, gejala-gejala ini muncul sekitar lima hari selepas jangkitan (tempoh inkubasi) dan boleh muncul seawal satu hari atau selewat lewatnya 12 hari selepas dijangkiti. 

    Keadaan pesakit juga boleh bertambah teruk dengan cepat iaitu dalam tempoh lima hari dan kematian boleh berlaku dalam tempoh satu hingga 18 hari setelah menunjukkan gejala. 

    Penyakit ini didiagnosis melalui pengesanan asid nukleik Naegleria Fowleri di dalam cecair tulang belakang atau tisu otak individu yang dijangkiti. Manakala, rawatan bagi penyakit ini adalah dengan pemberian gabungan ubat-ubatan.

    Namun, rawatan adalah sangat terhad disebabkan perkembangan penyakit ini berlaku dengan pantas. 

    Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), jangkitan ini tidak boleh merebak melalui interaksi manusia.

    Berikut merupakan langkah-langkah yang disyorkan oleh KKM ketika melakukan aktiviti berkaitan air tawar.

    1. Elakkan daripada menggali atau mengusik apa-apa tanah yang berada di dasar tasik, kolam atau sungai memandangkan ameba berhabitat di kawasan itu.
    2. Elakkan aktiviti seperti menyelam dan melompat ke dalam air yang mana wujud kemungkinan air itu dicemari oleh ameba. Aktiviti melompat juga meningkatkan risiko air boleh memasuki rongga hidung secara terus.
    3. Cuci badan dengan air yang dirawat dan sabun selepas melakukan aktiviti di dalam air.
    4. Dapatkan rawatan segera sekiranya menunjukkan simptom seperti demam, sakit kepala, muntah atau kekakuan leher secara tiba-tiba terutamanya selepas melakukan aktiviti di dalam air. 

    “KKM akan terus memantau rapi situasi jangkitan Naegleria Fowleri di dalam dan luar negeri dari semasa ke semasa bagi menjamin kesihatan dan kesejahteraan rakyat. 

    Selain itu, KKM juga komited dalam memberikan informasi yang tepat dan responsif sekiranya terdapat perkembangan yang terbaharu tentang penyakit tersebut,” terang beliau lagi. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

    December 9, 2025

    Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

    December 9, 2025

    Masa untuk bercuti

    December 8, 2025

    Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

    December 8, 2025

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025
    Artikel Terkini

    5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

    December 9, 2025

    Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

    December 9, 2025

    Masa untuk bercuti

    December 8, 2025

    Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

    December 8, 2025

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.