SEMALAM mencatatkan sebanyak 679 kes jangkitan baharu Covid-19 berbanding 480 kes kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,025,581 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 923 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,976,060 kes.
Sebanyak enam kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan satu daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,851 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,852 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 12,670 kes dengan 11,991 kes atau 94.6 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 645 kes atau 5.1% pesakit dirawat di hospital, 13 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 21 kes atau 0.2% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN