KES jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 993 kes semalam berbanding 1,138 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,017,016 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,460 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,964,167 kes.
Lima kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan tiga daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,800 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,844 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 16,049 kes dengan 15,011 kes atau 93.5 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 985 kes atau 6.1% pesakit dirawat di hospital, 24 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 29 kes atau 0.2% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN