SEBANYAK 2,877 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 3,537 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,978,350 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 3,226 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,914,858 kes.
Sebanyak lapan kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan satu daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,636 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,796 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 26,856 kes dengan 24,743 kes atau 92.1 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 2,016 kes atau 7.5 % pesakit dirawat di hospital, 35 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 62 kes atau 0.2% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN