ANGKA jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 3,457 kes semalam berbanding 3,304 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,960,179 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 3,736 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,895,719 kes.
Sembilan kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan tiada kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,583 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,780 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 27,877 kes dengan 25,818 kes atau 92.6 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,970 kes atau 7.1% pesakit dirawat di hospital, 43 kes atau 0.2% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 46 kes atau 0.2% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN