SEMALAM mencatatkan sebanyak 3,245 kes baharu jangkitan Covid-19 berbanding 3,436 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,943,701 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 4,208 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,874,177 kes.
Sebanyak empat kematian Covid-19 dilaporkan semalam manakala satu daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,537 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,773 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 32,987 kes dengan 31,108 kes atau 94.3 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,792 kes atau 5.4% pesakit dirawat di hospital, 24 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 63 kes atau 0.2% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN