Facebook Twitter
    Trending
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    • Padah lambat makan
    • Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 
    • 8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026
    • Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026

      Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

      January 26, 2026

      Tanda kolesterol tinggi pada wajah

      January 23, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bagaimana inflasi diukur di Malaysia?

    Bagaimana inflasi diukur di Malaysia?

    By KU SYAFIQ KU FOZIOctober 19, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KUMPULAN makanan dan minuman mempunyai pengaruh yang besar kepada kadar inflasi di Malaysia. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    PERKATAAN inflasi sering disebut dan diulang belakangan ini. Pelbagai faktor baik di peringkat tempatan atau antarabangsa telah mendorong kenaikan harga barangan, sekali gus meningkatkan kadar inflasi.

    Namun, adakah kita betul-betul faham tentang inflasi? Mengapa kenaikan harga barang dirasakan sangat tinggi buat kita, tetapi kadar kenaikan inflasi tidaklah terlalu tinggi? Harga barang apa yang diambil kira dalam pengukuran kadar inflasi?

    Maksud inflasi

    Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mendefinisikan inflasi sebagai kadar kenaikan harga dalam tempoh masa tertentu. Investopedia pula meletakkan takrif inflasi sebagai kenaikan harga yang boleh diterjemahkan sebagai pengurangan kuasa beli dalam satu-satu tempoh.

    Secara mudahnya, inflasi bermaksud kenaikan harga barangan dan perkhidmatan dalam satu tempoh tertentu . Apabila disebut sebagai kadar inflasi, ia bermaksud kadar kenaikan harga tersebut. 

    Harga meningkat apabila bekalan wang dalam ekonomi bertambah. Bekalan wang boleh bertambah disebabkan peningkatan perbelanjaan pengguna dan kerajaan. 

    Apabila lebih banyak wang dibelanjakan, harga barangan yang diapungkan mengikut pasaran akan meningkat bagi mengekalkan keseimbangan penawaran dengan permintaan.

    Inflasi vs deflasi

    Lawan kepada inflasi ialah deflasi. Bertentangan dengan inflasi, deflasi bermaksud pengurangan harga barangan dan perkhidmatan secara umum.

    Walaupun kedengaran positif kerana harga barangan menurun, deflasi boleh menjadi petanda kemerosotan ekonomi, terutamanya apabila harga barangan dan perkhidmatan secara keseluruhannya menurun.

    Ini kerana terdapat banyak faktor berlakunya deflasi. Sebagai contoh, Malaysia mengalami deflasi pada 2020 apabila Indeks Harga Pengguna (IHP) jatuh 1.2 peratus disebabkan pandemik Covid-19 yang mengurangkan permintaan dan menjatuhkan harga minyak global.

    Ukuran inflasi

    Inflasi diukur melalui IHP. Dalam IHP, item barangan dan perkhidmatan dikumpulkan mengikut kategori masing-masing.

    Bayangkan sebuah bakul besar yang dilabel mengikut kategori, seperti makanan dan minuman, pengangkutan, komunikasi dan sebagainya. Bakul besar ini dinamakan sebagai kumpulan utama dalam IHP.

    Dalam bakul besar tersebut pula ada bakul-bakul kecil yang memperincikan kategori barangan dan perkhidmatannya. Contohnya, dalam bakul besar makanan dan minuman, ada bakul kecil untuk makanan di rumah, makanan di luar rumah dan sebagainya. Bakul kecil ini dinamakan sebagai subkumpulan.

    Dalam bakul kecil tersebut, barulah item-item spesifik diletakkan. Contohnya, dalam bakul kecil makanan di rumah, ada item seperti beras, ayam mentah dan lain-lain. Secara keseluruhannya, terdapat 781 item yang diukur dalam IHP.

    INFOGRAFIK OLEH UTUSAN

    Harga setiap item tersebut akan diukur mengikut tempoh tertentu, kebiasaannya secara bulanan. Peningkatan atau penurunan harga tersebut akan dikira dan kadar keseluruhan inflasi akan ditentukan mengikut wajaran subkumpulan dan kumpulannya.

    IHP memberi gambaran peningkatan dan penurunan harga barangan dan perkhidmatan di Malaysia secara keseluruhan. Walaupun IHP meningkat, ia tidak bermakna semua harga barang di Malaysia meningkat.

    Kumpulan utama

    Terdapat 12 kumpulan utama dalam IHP yang mempunyai wajaran berbeza. Kumpulan dengan wajaran terbesar merupakan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol (29.5 peratus); Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api (23.8 peratus) dan Pengangkutan (14.6 peratus).

     

    INFOGRAFIK OLEH UTUSAN

    Tiga kumpulan utama dengan wajaran terbesar tersebut mempunyai pengaruh yang lebih besar terhadap kadar inflasi. Ini bermakna, jika item dalam kumpulan tersebut naik harga, pengaruhnya lebih besar berbanding item dalam kumpulan dengan wajaran lebih rendah.

    Kumpulan utama lain termasuk Pelbagai Barangan dan Perkhidmatan (6.7 peratus); Komunikasi (4.8 peratus); Perkhidmatan Rekreasi dan Kebudayaan (4.8 peratus); Hiasan Perkakasan dan Penyelenggaraan Isi Rumah (4.1 peratus); Pakaian dan Kasut (3.2 peratus); Restoran dan Hotel (2.9 peratus); Minuman Alkohol dan Tembakau (2.4 peratus); Kesihatan (1.9 peratus) serta Pendidikan (1.3 peratus).

    INFOGRAFIK OLEH UTUSAN

     

    INFOGRAFIK OLEH UTUSAN

     

    INFOGRAFIK OLEH UTUSAN

    Fungsi subsidi

    Inflasi di Malaysia banyak dikawal melalui pemberian subsidi. Sepanjang tahun ini, Malaysia mencatatkan kadar inflasi yang lebih rendah berbanding negara-negara lain kerana pemberian subsidi yang berupaya mengurangkan harga barangan dan perkhidmatan di tahap pengguna.

    Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, peruntukan bagi tanggungan, bantuan dan subsidi pada tahun ini melonjak 150 peratus daripada RM31 bilion kepada RM77.7 bilion.

    Peruntukan tersebut membantu memperlahankan kadar inflasi negara yang mencatatkan peningkatan 4.7 peratus pada Ogos. Tanpa subsidi, kadar tersebut boleh mencecah 10.6 peratus pada bulan tersebut. – RELEVAN

    Previous Article1,873 kes baharu Covid-19, 31 di ICU
    Next Article Jangan terlepas peluang mengundi, ini panduan dan syarat permohonan undi pos

    Artikel berkaitan

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026

    Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

    January 28, 2026

    Padah lambat makan

    January 27, 2026

    Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

    January 27, 2026
    Artikel Terkini

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026

    Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

    January 28, 2026

    Padah lambat makan

    January 27, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.