SEMALAM mencatatkan sebanyak 2,231 kes jangkitan baharu Covid-19 berbanding 2,090 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,863,457 kes.
ARTIKEL BERKAITAN: 22,804 kes aktif Covid-19, 3 kematian – Relevan
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,473 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,803,485 kes.
Sebanyak lima kes kematian dilaporkan semalam dan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,415 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,742 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 23,557 kes dengan 22,547 kes atau 95.7 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 976 kes atau 4.1% pesakit dirawat di hospital, 13 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 21 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN