Facebook Twitter
    Trending
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    • Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang
    • Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?
    • Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi
    • Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa
    • Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?
    • Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra
    • Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026

      Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza

      February 28, 2026
    • Kewangan

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026

      Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

      March 3, 2026

      Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

      March 2, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Hadapi persekitaran kerja toksik dengan cara yang betul, ikuti langkah-langkah ini

    Hadapi persekitaran kerja toksik dengan cara yang betul, ikuti langkah-langkah ini

    By Umi FatehahOctober 3, 2022Updated:October 3, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Jadi, mahu atau tidak mahu, kita perlu menghadapi dan menangani suasana kerja toksik jika ia tidak keterlaluan. - Gambar Hiasan Thirdman/Pexels

    SECARA purata, kita banyak menghabiskan masa di tempat kerja maka, persekitaran positif amatlah diperlukan untuk kesihatan mental dan motivasi bekerja.

    Mungkin ada beranggapan gaji yang besar adalah penentu kebahagian pekerja, tetapi hakikatnya persekitaran positif sangat diperlukan.

    Namun, tidak semua orang bertuah dapat bekerja dalam persekitaran positif sehingga terpaksa berdepan suasana toksik yang akhirnya memberi kesan negatif kepada emosi dan prestasi kerja.

    ARTIKEL BERKAITAN:.

    Akan tetapi, sekiranya mahu mencari tempat kerja yang tiada manusia toksik, ia hampir mustahil. 

    Seperti manusia, persekitaran kerja juga tiada yang sempurna. Jadi, mahu atau tidak mahu, kita perlu menghadapi dan menangani suasana kerja toksik jika ia tidak keterlaluan.

    Ikuti beberapa cara untuk menangani persekitaran kerja yang toksik menurut perkongsian Indeed.

    • Cari kumpulan sokongan

    Sama ada anda berada dalam persekitaran kerja toksik atau tidak, adalah penting untuk mencari sekumpulan orang yang mampu memberi semangat dan pandangan positif tidak kira dalam apa jua keadaan. 

    Cuba untuk cari kumpulan sokongan di luar tempat kerja yang boleh dirujuk sekiranya mempunyai apa-apa ketegangan atau isu di tempat kerja. 

    Walaupun anda berkemungkinan tidak selesa untuk meluahkan perasaan kepada rakan sekerja, mempunyai kumpulan sokongan di luar tempat kerja memberi peluang untuk meluahkan emosi dan kekecewaan.

    Sebagai contoh, luahkan kepada ahli keluarga, rakan baik berlainan tempat kerja atau pasangan masing-masing.

    • Cari cara untuk melepaskan tekanan

    Selepas hari kerja yang panjang dan penuh tekanan, penting untuk anda mencari cara untuk berehat. 

    Daripada memikirkan peristiwa hari itu, cari perkara yang boleh dilakukan untuk mengalihkan fikiran daripada memikirkan tentang urusan kerja.

    Misalnya bersukan, beriadah atau meluangkan masa bersama yang tersayang. 

    Sekiranya terus memikirkan tentang hal berkaitan kerja sahaja, ia hanya akan menambah tekanan dan berkemungkinan akan memburukkan prestasi kerja pada hari yang seterusnya.

    • Kekal positif

    Apabila anda meluangkan masa bersama orang yang berfikiran dan mempunyai aura negatif, ia boleh menjejaskan mood secara negatif. Walaupun persekitaran dipenuhi dengan aura dan manusia negatif, cuba sehabis baik untuk kekal positif bagi mengelakkan daripada anda terus terjerumus di dalam persekitaran yang negatif.

    Perlu diingat bahawa walaupun penting untuk kekal ceria, jangan keterlaluan dan bertindak seperti tiada masalah. Sebaliknya, fokus pada tugas dan bersikap hormat serta sopan kepada semua orang untuk menjaga hubungan yang baik.

    • Elakkan bergosip di tempat kerja

    Berinteraksi dengan rakan sekerja itu biasa, tetapi elakkan terlibat dengan sebarang gosip. Jika sentiasa terlibat dalam aktiviti ini, ia boleh menggalakkan persekitaran yang toksik di tempat kerja. 

    Wujudkan sempadan dengan orang di sekeliling supaya mereka tahu bahawa mereka tidak boleh mengharapkan apa-apa reaksi yang negatif daripada anda. 

    Selain itu, mengelakkan gosip juga boleh menjauhkan daripada perkara negatif dan membantu anda menumpukan perhatian kepada kerja anda.

    • Berehat sebentar

    Sepanjang hari bekerja, ambil sedikit masa untuk berehat daripada melakukan tugas. Berehat sebentar boleh memberi masa kepada otak anda untuk berehat. 

    Sebagai contoh, berjalan-jalan, mendengar lagu atau makan snek yang sihat, meninggalkan kerja anda untuk tempoh yang singkat bagi merehatkan minda yang bercelaru.

    Dengan berehat sebentar, ia boleh meningkatkan mood dan produktiviti apabila kembali bekerja.

    • Hanya anda boleh mengawal tindakan dan reaksi diri sendiri

    Kita tidak mampu untuk menutup mulut manusia lain yang berkata-kata negatif. Tetapi, kita mampu mengawal reaksi dan tindakan apabila berhadapan dengan situasi tersebut.

    Ia tidak bermakna perlu membiarkan diri anda terus dipijak. Tetapi, dengan berdiam diri dan menerima apa sahaja yang mereka katakan mampu mengelakkan daripada masalah menjadi lebih besar.

    Sebaliknya, anggap apa yang mereka katakan sebagai pembakar semangat untuk memperbaiki diri sendiri. Ini boleh membantu meningkatkan prestasi dan hasil kerja. 

    • Cari inspirasi

    Perasaan tidak bersemangat itu biasa dialami kerana kita hanya manusia yang penuh dengan kekurangan. Namun, ia terpulang kepada diri sendiri sama ada untuk terus tidak bersemangat atau mencari inspirasi untuk kembalikan semangat yang hilang. 

    Jika tidak lagi mampu untuk mencari inspirasi di tempat kerja, cari di tempat atau sumber lain. 

    Luangkan beberapa ketika dan ubah persekitaran. Sama ada memandang ke luar tingkap atau melayari media sosial mungkin membantu untuk mencari inspirasi dan kembali semangat bekerja. 

    Namun, sekiranya sudah tidak mampu lagi untuk menanggung persekitaran kerja yang toksik, anda dinasihatkan untuk mencari kerja dengan persekitaran yang lebih baik. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Ingin melompat kerja? Ikuti 3 peraturan ini sebelum membuat keputusan

    Akan tetapi, sebelum menghantar surat berhenti kerja, pastikan sudah mempunyai rancangan sandaran seperti sudah menerima tawaran kerja baharu. – RELEVAN

    Previous Article1,360 kes Covid-19, 1 kematian
    Next Article Kanser prostat membunuh dalam setiap 45 minit

    Artikel berkaitan

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026

    Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

    March 5, 2026

    Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

    March 5, 2026

    Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

    March 5, 2026

    Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

    March 4, 2026
    Artikel Terkini

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026

    Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

    March 5, 2026

    Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

    March 5, 2026

    Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

    March 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.