SEBANYAK 1,867 kes jangkitan baharu Covid-19 dicatatkan semalam berbanding 2,445 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,838,866 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,402 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,777,329 kes.
Sebanyak empat kes kematian dilaporkan semalam dan sifar kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,369 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,732 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 25,174 kes dengan 24,071 kes atau 95.6 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,060 kes atau 4.5% pesakit dirawat di hospital, 19 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 24 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN