Facebook Twitter
    Trending
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    • Petanda anda seorang ‘picky eater’
    • Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026
    • Kerjaya

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Yusuf al-Qaradawi: Moderat di Timur, ekstrem di Barat

    Yusuf al-Qaradawi: Moderat di Timur, ekstrem di Barat

    By September 27, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    YUSUF AL-QARADAWI menghembuskan nafas terakhir di Qatar pada 26 September 2022. - GAMBAR TWITTER @alqaradawy

    BERITA pemergian ulama besar kelahiran Mesir, Sheikh Yusuf al-Qaradawi pada 26 September lalu ditangisi umat Islam yang terhutang ilmu dan kebijaksanaan kepadanya.

    Pemimpin rohani Ikhwanul Muslimin itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun di Doha, Qatar, negara yang didiaminya selepas menjadi buangan kerana lantang mengkritik kerajaan pimpinan Abdel Fatah al-Sisi di Mesir.

    Yusuf dikenali sebagai ulama yang tidak mengehadkan ajarannya kepada mazhab dan kumpulan tertentu dalam Islam.

    “Beliau mungkin ulama Islam paling ‘antarabangsa’ yang ada dalam zaman moden ini; mungkin yang paling berpengaruh kerana beliau tidak mengehadkan ajarannya kepada bahagian Islam yang tertentu,” kata koresponden kanan Al Jazeera English, Jamal Elshayyal.

    Al-Jazeera merupakan stesen televisyen di Qatar yang banyak membantu menaikkan nama Yusuf. Beliau pernah mengacarakan rancangan TV popular di Al Jazeera Arab bertajuk Shariah and Life.

    Dalam rancangan tersebut, Yusuf akan menerima panggilan dari penonton dari seluruh dunia dan memberikan fatwa berkenaan pelbagai perkara, dari hal ehwal politik sehingga urusan kehidupan seharian.

    Anak yatim yang bijak

    ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

    Menurut artikel Syeikh Yusuf al-Qaradawi: Siapakah Beliau? yang ditulis bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, nama sebenar Yusuf ialah Yusuf bin Abdullah bin Ali bin Yusuf.

    Beliau dilahirkan di Gharbiah, Mesir pada 1926. Pada usia kira-kira 2 tahun Yusuf kehilangan bapanya yang meninggal dunia akibat penyakit berkaitan air kencing.

    Dalam buku autobiografinya, Ibn al-Qaryah wa al-Kuttab, Yusuf berkata, penyakit bapanya semakin parah kerana tidak dirawat, disebabkan kemiskinan keluarganya ketika itu. 

    “Beliau mati disebabkan penyakit itu dan ramai lagi yang mati akibat penyakit seperti itu, sedangkan penyakit seperti itu sebenarnya mudah untuk dirawat,” katanya seperti dipetik Zulkifli.

    Ibunya pula meninggal dunia ketika Yusuf dalam peringkat pendidikan menengah. Menurut Yusuf, beliau yakin kasih sayang yang ditunjukkan orang ramai kepadanya adalah hasil doa ibunya sebelum meninggal dunia.

    “Ibuku sempat mendoakan kepadaku supaya aku dikasihi orang ramai. Aku yakin dengan berkat ibuku itulah menyebabkan di mana sahaja aku pergi, ramai yang berkata kepadaku (bahawa mereka menyayangiku),” tulisnya.

    Pintar dan berilmu

    Yusuf terkenal dengan kepintaran dan ketajaman ilmunya. Sejak kecil, beliau sentiasa mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Malah, dalam peperiksaan akhirnya di peringkat menengah, beliau mendapat tempat kedua di seluruh Mesir, dengan beza hanya setengah markah berbanding tempat pertama.

    Pendidikan tinggi Yusuf bermula di Universiti al-Azhar, Mesir melalui pengajian dalam bidang Usuluddin. Di universiti yang sama juga beliau menamatkan pendidikan tingginya di peringkat Doktor Falsafah pada 1973.

    Menurut Zulkifli, Yusuf juga pernah belajar di Institut Pembahasan dan Pengkajian Arab Tinggi dan meraih Diploma Tinggi Bahasa dan Sastera Arab.

    Moderat di Timur, ekstrem di Barat

    Yusuf terkenal kerana fatwanya sering disesuaikan dengan kehidupan moden. Untuk ini, beliau dikenali sebagai ulama Islam yang moderat dalam kalangan penganut agama Islam. 

    Namun, ada negara-negara Barat yang melihat pandangan Yusuf sebagai ekstrem, terutamanya melibatkan fatwa bom bunuh dirinya pada 2001. 

    Pengasas dan Ketua Pengarang New Lines Magazine, Hassan Hassan berkata, Yusuf meninggalkan legasi yang rumit apabila dianggap ekstrem oleh Barat dan moderat dalam kalangan penganut Islam.

    “Mengejutkan untuk warga Barat yang biasa menganggap Yusuf sebagai seorang yang ekstrem, ramai Muslim akan mengingati beliau sebagai ulama yang mengungguli Islam moderat.

    “Dari melarang khitan perempuan hingga membenarkan pendidikan campur (antara lelaki dengan perempuan), pandangan progresif dan beraninya mencabar pandangan konservatif selama berpuluh tahun,” katanya.

    Pandangan terbuka

    MOHD. ASRI

    Yusuf juga dikenali kerana ajarannya yang tidak terhad kepada mana-mana mazhab dan sekta. Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkongsi nasihat Yusuf  dalam buku Fiqh al-Jihad berkenaan keluasan kajian fatwa dan hukum fekah.

    Kata Yusuf, ahli fekah wajar mengambil manfaat dari khazanah fekah Islam dan mengiktiraf keluasannya dengan tidak cenderung kepada satu mazhab tanpa melihat mazhab yang lain.

    Beliau turut menganggap bahawa peninggalan khazanah fekah yang besar itu milik setiap pengkaji untuk didalami tanpa rasa taasub kepada satu pandangan atau taklid berterusan kepada satu mazhab.

    “Bahkan kadang kala kita mengambil pendapat Abu Hanifah, kemudian pendapat Malik, kemudian pendapat Syafie, kemudian pendapat Ahmad, kemudian pendapat Daud.

    “Bahkan mungkin dalam beberapa perkara kecil, kita keluar dari mazhab Sunni kepada mazhab Zaidiyyah, ataupun Ja’fariyyah, ataupun Ibadiyyah jika kita dapati penyelesaian dalamnya,” katanya. – RELEVAN

    Previous ArticleTak dapat jurusan diingini dalam UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar
    Next Article 22,741 pesakit Covid-19 kuarantin di rumah

    Artikel berkaitan

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026

    Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

    January 20, 2026

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026
    Artikel Terkini

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026

    Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

    January 20, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.