JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 1,186 kes semalam berbanding 1,608 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,833,002 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,690 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,772,630 kes.
Sebanyak tujuh kes kematian dilaporkan semalam dan sifar kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,357 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,731 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 24,021 kes dengan 22,874 kes atau 95.2 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan satu kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,094 kes atau 4.6 peratus pesakit dirawat di hospital, 17 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 35 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN