Facebook Twitter
    Trending
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    • Rahsia bebas tekanan kewangan
    • Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025

      Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

      December 24, 2025
    • Pendidikan

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Biasiswa pelajar B40 jalani program akauntan bertauliah

    Biasiswa pelajar B40 jalani program akauntan bertauliah

    By September 14, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    PUSAT perakaunan profesional, TYMBA Education baru-baru ini telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Pusat Perakaunan Profesional Malaysia (MyPAC) iaitu penyedia biasiswa di Malaysia yang menyokong pembangunan Akauntan Profesional Bumiputera (BPA) dan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).

    Menerusi kerjasama ini, pelajar-pelajar bumiputera yang berpotensi tinggi daripada golongan berpendapatan rendah di TYMBA Education akan menerima tajaan penuh daripada MyPAC untuk menjalani program akauntan bertauliah berkanun.

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MyPAC, Datuk Zaiton Mohd. Hassan, fokus utama MyPAC adalah untuk menyediakan peluang kepada para pelajar daripada golongan Asnaf dan B40 yang layak.

    “Hal ini seiring dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang dikemukakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyediakan pendidikan berkualiti, pekerjaan yang sesuai dan pembangunan ekonomi serta mengurangkan ketidaksamaan.

    “Terdapat keperluan untuk mendidik lebih ramai pelajar perakaunan bumiputera mengenai kepentingan sijil yang diiktiraf serata dunia, tambahan pula negara ini masih kekurangan akauntan profesional dalam kalangan bumiputera,” katanya.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TYMBA Education, Airil Razali berkata, usaha sama antara TYMBA, MyPAC dan ACCA sudah pastinya akan membuka lebih banyak peluang untuk golongan bumiputera berpendapatan rendah bagi mendapatkan pensijilan yang diperlukan untuk bergelar akauntan bertauliah.

    “Keperluan untuk akauntan profesional yang berdaya saing global sentiasa ada dan kami berharap dapat mendidik generasi yang akan datang agar mereka cukup tangkas dalam menghadapi keperluan berbeza di pelbagai industri.

    “Walaupun kemajuan teknologi yang pesat sudah pasti akan memberi kesan terhadap amalan perakaunan sedia ada, hasrat utama kami adalah untuk memastikan para pelajar dilengkapi dengan kemahiran yang relevan untuk keperluan yang mungkin berubah-ubah,” jelasnya.

    TYMBA Education membantu para pelajar untuk meraih pensijilan profesional melalui program komprehensif mereka.

    Program tersebut mempunyai pelbagai mod fleksibel yang dapat disesuaikan dengan cara pembelajaran dalam talian mahupun luar talian.

    Sebagai salah satu Pusat Pembelajaran yang diluluskan ACCA (ALP) (Dalam Talian) yang berstatus Emas, TYMBA Education akan bekerjasama dengan ACCA bagi memastikan kurikulum mereka sentiasa dikemas kini berdasarkan piawaian industri yang sentiasa berubah.- RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026

    Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

    January 6, 2026

    7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

    January 5, 2026
    Artikel Terkini

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026

    Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

    January 6, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.