KES jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 1,483 kes berbanding 1,971 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,807,097 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,090 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,742,488 kes.
Sebanyak tiga kes kematian dilaporkan semalam dan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,280 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,710 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 26,339 kes dengan 25,021 kes atau 95.0 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sembilan kes atau 0.0 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,241 kes atau 4.7 peratus pesakit dirawat di hospital, 20 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 48 kes atau 0.2 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN