SEBANYAK 2,491 kes jangkitan baharu Covid-19 dicatatkan semalam berbanding 3,118 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,774,003 kes.
Bagi kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 3,715 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,703,299 kes.
Sebanyak lima kes kematian dilaporkan semalam dan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,196 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,694 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 34,508 kes dengan 33,090 kes atau 95.9 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 22 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,324 kes atau 3.8 peratus pesakit dirawat di hospital, 23 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 49 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN