JANGKITAN baharu Covid-19 dilaporkan sebanyak 2,798 kes semalam berbanding 3,490 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,755,289 kes.
Bagi kes sembuh pula dilaporkan sebanyak 4,669 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,678,262 kes.
Sebanyak enam kes kematian dilaporkan semalam dan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,136 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,678 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 40,890 kes dengan 39,417 kes atau 96.4 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 26 kes atau 0.1 peratus di Pusat dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,379 kes atau 3.4 peratus pesakit dirawat di hospital, 26 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 36 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN