Facebook Twitter
    Trending
    • Naik turun tangga buat badan jadi langsing?
    • 10 individu paling kaya di dunia
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026
    • Kewangan

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kos tersembunyi beli rumah baharu, ini yang anda perlu tahu

    Kos tersembunyi beli rumah baharu, ini yang anda perlu tahu

    By Zubaidah IbrahimAugust 18, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    RAMAI anak muda dan pembeli rumah pertama tidak sedar atau tahu wujudnya kos tersembunyi selepas menerima kunci daripada pihak pemaju. - Foto oleh Freepik

    MEMILIKI rumah sendiri merupakan impian semua orang dan pastinya hati melonjak teruja tatkala menerima kunci untuk melangkah masuk ke kediaman baharu, tetapi simpan dahulu keseronokan itu kerana anda perlu bersedia ke fasa seterusnya.

    Ramai anak muda dan pembeli rumah pertama tidak sedar atau tahu wujudnya kos tersembunyi selepas menerima kunci daripada pihak pemaju.

    Perunding Rekaan Hiasan Dalaman RHM Design And Construction Sdn. Bhd., Zaid Fikri Zaidi berkata, kesedaran mengenai kos tersembunyi itu dalam kalangan pembeli baharu terutamanya anak muda masih rendah.

    “Mereka beranggapan tidak perlu mengeluarkan kos yang besar bagi pembelian perabot, lampu, pemasangan kabinet dapur dan pendawaian elektrik.

    “Perlu diingat, pemaju hanya menyediakan rumah kosong dan pendawaian asas, maka mengisi kelengkapan kediaman itu bergantung sepenuhnya kepada pemilik kediaman.

    “Disarankan kepada pembeli rumah baharu untuk menyimpan sebanyak 10 atau 20 peratus daripada harga rumah tersebut bagi menyempurnakan kediaman itu,” katanya kepada Relevan.

    PEMAJU hanya menyediakan rumah kosong dan pendawaian asas, maka mengisi kelengkapan kediaman itu bergantung sepenuhnya kepada pemilik kediaman. – Foto oleh RHM Design And Construction Sdn. Bhd.

    Jelasnya, secara anggaran kasar untuk kos pemasangan lampu, cat, kabinet dapur, pendawaian elektrik dan plaster siling adalah sekitar RM80,000.

    Zaid Fikri turut berkongsi lima tip penting kepada pemilik muda sebagai persediaan mendiami rumah yang baharu dibeli.

    1. Buat pemeriksaan kerosakan

    Selepas mendapat kunci, anda dinasihatkan membuat pemeriksaan kerosakan terlebih dahulu. Boleh juga mendapatkan perkhidmatan profesional dalam kerja-kerja mengenal pasti kerosakan di rumah sebelum mendiaminya.

    2 . Perancangan

    Pemilik rumah perlu membuat perbincangan lebih awal dengan perunding rekaan hiasan dalaman berkaitan konsep dan perkara yang diperlukan bagi mengelakkan kos meningkat.

    Pada masa sama, pemilik juga perlu merancang simpanan lebih awal untuk kos dekorasi dan pelbagai keperluan lain bagi menyediakan sebuah kediaman yang selesa.

    3. Perincikan konsep dan ruang

    Pemilik juga perlu memperincikan dengan perunding rekaan dalaman mengenai konsep dan ruang yang menjadi keutamaan seperti bilik tidur, dapur atau ruang tamu.

    Menerusi perbincangan tersebut, konsultan rekaan hiasan dalaman akan memberi cadangan bajet yang bersesuaian dengan kehendak pelanggan.

    4. Jangan mudah terpedaya

    Jangan terpedaya dengan harga murah yang ditawarkan oleh konsultan rekaan hiasan dalaman.

    Dapatkan sebut harga yang betul mengikut keperluan dan bajet anda.

    5. Bersedia dengan perkara tidak dijangka

    Anda juga perlu sentiasa bersedia dengan perkara-perkara yang tidak dijangka seperti terlebih bajet.

    Oleh itu, perancangan rapi dapat mengelakkan kos yang tidak dijangka.-RELEVAN

    Previous ArticlePlatform cari kerja yang pemburu kerja perlu tahu
    Next Article Produktiviti buruh Malaysia meningkat 5.5%

    Artikel berkaitan

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026
    Artikel Terkini

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.