SEMALAM mencatatkan sebanyak 4,334 kes jangkitan baharu Covid-19 berbanding 3,942 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,732,501 kes.
Bagi kes sembuh pula dilaporkan sebanyak 5,082 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,651,805 kes.
Sebanyak 10 kes kematian dilaporkan semalam dan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,080 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,669 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 44,617 kes dengan 42,926 kes atau 96.2 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 28 kes atau 0.1 peratus di Pusat dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,595 kes atau 3.6 peratus pesakit dirawat di hospital, 24 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 44 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN